Khamis, 23 Jun 2011

Islam Mengajar Kita Supaya Berjemaah

Bismillahirrahmanirrahim…selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, nabi Muhammad s.a.w, beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


Mula2, kiriman kali nie ingin menyentuh peri pentingnya hidup dalam berjemaah, berpersatuan ataupun sebagainya..tapi, sebelum kita memilih jemaah, kena tahu dahulu jemaah seperti mana yang islam ajarkan..bukan main pilih tak tentu pasal, yang tang tue silap juga..cantik bukan islam ajar? Hatta dalam berjemaah pun islam ajar macam mana nak pilih..baik, kita lihat ayat yang ALLAh telah rakamkan untuk kita, supaya kita ambil cakna dalam urusan berjemaah nie..


“ berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) ALLAH, dan janganlah kamu bercerai berai……“

(Ali Imran : 103 )


“ Dan sesungguhnya kami (malaikat) selalu teratur dalam barisan (dalam melaksanakan perintah ALLAH) “

( As Saffat : 164 )

Dan juga hadis rasullulah s.a.w mafhumnya :


“serigala tidak akan memakan kambing yang berjalan secara berkumpulan, sebaliknya yang bersendirian akan di serang”


Cukup jelas, ALLAH dah tunjukkan kepada kita bagaimana kita hendak mengikuti sesuatu jemaah…jemaah yang bagaimana? Jemaah yang berpegang pada agama ALLAH yang sebenar2nya..bukan hanya berpandukan kata2 sahaja, tetapi lihat hadaf (tujuan) yang dibawa oleh sesebuah jemaah tersebut.. hendaklah betul2 berpegang dengan agama ALLAH, segala yang di perintahkan dalam al-quran dan yang dibawa oleh nabi kita sendiri, iaitu nabi Muahammad s.a.w..kadang2 kalau kita perasan ada je yang cakap bagai nak rak, mengaku islam sudah pasti kerana dia islam, tapi apa yang diperjuangkan dalam jemaah tersebut nak kata nampak macam tak nampak..ala kulihal ALLAH yang lebih mengetahui..


Tetapi ramai yang tak faham, sampaikan ada yang menghalang mahasiswa2 yang bepersatuan..alahai, dikatanya nanti menganggu pelajaran mereka dan sebagainya, ada juga dikata belum tiba masanya untuk berpolitik sedemikian rupa..aii?dah nama pun mahasiswa, mestilah kena serba boleh, dan sudah pasti mereka tahu baik buruknya berpersatuan…ke ada pihak yang takut sampai sanggup berkata sedemikian rupa? Tepuk dada tanya diri..kenapa nak haling? Itulah yang diperlukan oleh mahasiswa, bukan setakat hebat dalam pelajaran, bahkan dalam berpolitik dan bermuamalat..supaya bila keluar kepada masyarakat, masing2 sudah tahu peranan dan apa yang perlu dilakukan… dan perlu diingat juga jangan sampai terabai pelajaran bagi mereka yang berpersatuan nie...


Tidak lupa juga, jangan diingat bahwa jemaah bukan sahaja berpersatuan , atau pun parti2 politik ke ataupun sebagainya..tetapi jemaah juga kepada ahli keluarga, sanak saudara, masyarakat kampong dan juga saudar seislam kita..kenapa? lihat hadis Rasulullah s.a.w di bawah :


“ seorang mu’min dengan mu’min yang lainya bagaikan sebuah bangunan yang sebahagianya menguatkan sebahagian yang lain “

“ perumpamaan dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi, adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh yang lain juga ikut merasakan sakit dengan tidak dapat tidur dan mengalami demam “


Dua hadis yang cukup kuat yntuk mengatakan jangn sesekali kita tinggalkan jemaah..kerana antara kita dan saudara islam yang lain adalah ibarat satu bangunan..masing2 saling menglekapi..ada yang jadi tiang, ada yang jadi bumbung, ada yang jadi lantai dan sebagainya..untukdapatkan sebuah bangunan yang kukuh, kuat, bahkan cantik..kena erlukan jemaah agar kita tidak runtuh di tengah jalan tanpa sebarang kekuatan..


Begitu halnya dengan hadis kedua, antara kita dan saudar islam yang lain adalah ibarat sebuah tubuh, kalu rasa sakit satu bahagian tubuh kita, maka sekuruh akan merasakan sakit..nak dikatakan bagaiman kuat jemaah itu hatta ia di ibaratkan sebagai satu tubuh..tanya diri kita, bila timbul masalah daripada saudar kita yang lain, andai kita diam membisu sahaja, dan membiarkan ia terkapai begitu sahaja..tepuk dada tanya iman..mana pergi sifat ihsan kita dan segala2nya yang patut ada dalam jiwa yang di gelar manusia..sedangkan ALLAH Tuhan kita bersifat penyayang, masakan kita hambanya tidak boleh bersifat sedemikian rupa..


Jadi segala2nya sudah jelas terbukti bahawa jemaah itu sangat2 di perlukan dalam hidup seorang muslim..lihatlah kisah perang badar, bagaimana orang islam yang bilangnya hanya 313, sebaliknya orang kafir 1000 orang..bagaimana islam boleh mengalahkan mereka kalu bukanya hanya denagan jemaah yang betul2 mengikut islam yang sebenar2nya..juga lihat pada perang uhud, kerana kesilapan sedikit umat islam, berpecah dari yang lain walaupun sekejap telah benar2 memberi sejarah hitam dalam umat islam..ALLAH hendak tunjuk kepada kita, kita tinggal jemaah, maka punahlah kita..ambil ia sebagai iktibar, ALLAH bukan sengaja memberi kekalahan kepada orang islam, boleh sahaja ALLAH beri kemenangan tapi supaya umat islam akan datang tidak mengulangi kesilapan yang sama..barulah islam disegani dan digeruni pihak lawan..bukan menjadi boneka kepada mereka dan juga menjaga bahan ejekan kepada mereka..


Rasanya sekian sudah kalam ini, tidak mahu meleret panjang..apa yang perlu kita amik cakna ialah berjemaah tidak kira dimana berada hatta bagi seorang dai’e juga perlu berjemaah bukan melakukan dakwah bersendirian..bagaiman hendak lihat hasil bila bersendirian, fikrah hanya satu, berbeza denagn berjemaah, fikrah pelbagai dan mampu melahirkan kesan yang sangat mendalam bagi diri orang yang di dakwah… sehinggakan kita lihat, solat pun di suruh supaya berjemaah, sebab apa? banyak kelebihannya, masing2 sudah maklum..


Segala yang baik itu datang dari ALLAH, yang salah dan silap atas kelemahan diri sendir yang tidak sesempurna jiwa..yang baik dijadikan pengajaran yang mudarat kita jadikan sempadan..moga2 mampu menjadi ingatan diri dan juga kepada pembaca..


-wallahu’alam-

2 ulasan:

  1. mantap...
    rupanya ada emas berkilauan dalam rumah kita :)

    BalasPadam
  2. hahaha...apa la ustaz..besi karat adalah...

    BalasPadam