Khamis, 30 Jun 2011

Ingatkah Kita Pada-NYA

Bismillahirrahmanirrahim… selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, nabi Muhammad s.a.w, beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


Benar, perjalanan kita sangat panjang..merentasi masa..dalam masa kita berjalan meredah perjalanan itu,sudah pasti ada halangannya. Kadang2 hinggakan kaki ini berat dan mula merasa sudah tidak sanggup untuk menyambung perjalanan.. kerana hanyaduri2 yang senantiasa menusuk kaki ketika perjalan,lubang2 yang kadang2 kita tidak Nampak sampaikan kita tergelongsor ke dalam lubang tersebut.. kita merasa jalan yang kita lalui sangat berat..tapi, benarkah ianya berat? Ataupun hanya sekadar sangkaan kita sahaja.. mula terfikir, kenapa diri ini cepat benar putus asa? Baru terjatuh sedikit sudah mengeluh panjang.. baru tercucuk duri sedikit sudah berhenti dan berehat terlalu lama, walhal tidak seberapa mana pun dalam luka tersebut.. tapi kesannya bagaikan terlalu dalam tusukan duri itu..


Pernah bertanya pada orang lain, bagaimana perjalanan mereka? Ada yang bergerak dalam keadaan gelap gelita.. ada yang tidak secukup sifat bergerak,tapi bila di lihat, punyalah cekal dan kentalnya hati- hati mereka itu.. bagaimana jalan yang sukar tersebut di tempuh bersama dengan senyuman yang setiap masa melewati di bibir mereka.. aneh dan janggal ya? Sedangkan diri kita ini nak kata sudah serba lengkap untuk menempuh sebuah perjalan yang panjang.. dengan bekalan2 yang kita rasakan sudah cukup.. namun mungkin kita tertinggal suatu perkara yang sangat- sangat penting..


“ Maka ingatlah kepada KU, AKU pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-KU dan janganlah kamu ingkar kepada-ku “

( al baqarah : 152 )


Betul..kadang2 kita terlupa perkara ini, perkara yang sangat penting bagi kita.. bila kita ingat ALLAH nescya ALLAH pasti akan ingat kepada kita… jangan pernah kita sesekali tinggalkan ALLAH dalam hidup kita.. kerana di situlah sebenarnya lahir rasa ketenangan.. kenapa ya orang yang kurang sifat dari kita mereka mampu menjadi sehebat itu? Maka kerana mereka tahu mereka diciptakan begitu dengan sebab, dan mustahil bukan ALLAH akan membiarkan mereka setelah di ciptakan.. kerana itu kekuatan dan ketaatan mereka di lihat hebat berbanding kita ini yang sempurna dari mereka merasa cepat lupa… teringat sebuah nasyid arab yang berbunyi :

-

“ sesiapa yang dekat kepada ALLAH

Maka rahmat itu akan menetap didalam hatinya “


Begitulah hakikat hidup kita.. segala setiap perbuatan kita adanya ALLAH.. ALLAH itu sentiasa berada di dalam hati kita..bila kita ingat kepadaNYA, DIA pasti akan ingat akn kita.. janganlah pernah mersa putus asa denganNYA kerna rahmatnya sangat luas.. seperti yang telah termaktub dalam firman ALLAH:


“ katakanlah wahai hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat ALLAH………”

( az zumar : 53 )


Kata pepatah melayu, sudah terang lagi bersuluh… jangan sesekali kita merasa tersisih dengan ALLAH, ALLAH itu Maha adil, maha pengampun, maha penyanyang.. mintalah kepadaNYA, nescaya Dia perkenankan.. tapi bukan dengan tiba2 doa kita di makbulkan.. ALLAH ada caranya untuk kabulkan doa kita.. ada masanya DIA kabulkan dengan cara yang lain..dengan jalan yang lain..maka di situ lah perlunya sifat istiqamah dan sabar.. istiqamah dalam sentiasa berdoa dan sabar dalam menunggu jawapan dari ALLAH.. kerana takut2 kita jadi golongan seperti ini


“ dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhanya dengan kembali (taat) kepada-NYA ; tetapi apabila DIA memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang dia doa kepada ALLAH sebelum itu…..”

( az zumar : 8 )


Nauzubillah… moga2 kita dijauhkan dari golongan tersebut…


Segala yang baik itu semuanya datang dari ALLAH, tanpaNYA tidak mampu untuk ku coretkan disini..segala kudrat ku datang dengan keizinaNYA.. segala salah dan silap itu datang atas kelemahan diri yang tidak sesempurna jiwa…

-wallahu’alam-

Khamis, 23 Jun 2011

Islam Mengajar Kita Supaya Berjemaah

Bismillahirrahmanirrahim…selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, nabi Muhammad s.a.w, beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


Mula2, kiriman kali nie ingin menyentuh peri pentingnya hidup dalam berjemaah, berpersatuan ataupun sebagainya..tapi, sebelum kita memilih jemaah, kena tahu dahulu jemaah seperti mana yang islam ajarkan..bukan main pilih tak tentu pasal, yang tang tue silap juga..cantik bukan islam ajar? Hatta dalam berjemaah pun islam ajar macam mana nak pilih..baik, kita lihat ayat yang ALLAh telah rakamkan untuk kita, supaya kita ambil cakna dalam urusan berjemaah nie..


“ berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) ALLAH, dan janganlah kamu bercerai berai……“

(Ali Imran : 103 )


“ Dan sesungguhnya kami (malaikat) selalu teratur dalam barisan (dalam melaksanakan perintah ALLAH) “

( As Saffat : 164 )

Dan juga hadis rasullulah s.a.w mafhumnya :


“serigala tidak akan memakan kambing yang berjalan secara berkumpulan, sebaliknya yang bersendirian akan di serang”


Cukup jelas, ALLAH dah tunjukkan kepada kita bagaimana kita hendak mengikuti sesuatu jemaah…jemaah yang bagaimana? Jemaah yang berpegang pada agama ALLAH yang sebenar2nya..bukan hanya berpandukan kata2 sahaja, tetapi lihat hadaf (tujuan) yang dibawa oleh sesebuah jemaah tersebut.. hendaklah betul2 berpegang dengan agama ALLAH, segala yang di perintahkan dalam al-quran dan yang dibawa oleh nabi kita sendiri, iaitu nabi Muahammad s.a.w..kadang2 kalau kita perasan ada je yang cakap bagai nak rak, mengaku islam sudah pasti kerana dia islam, tapi apa yang diperjuangkan dalam jemaah tersebut nak kata nampak macam tak nampak..ala kulihal ALLAH yang lebih mengetahui..


Tetapi ramai yang tak faham, sampaikan ada yang menghalang mahasiswa2 yang bepersatuan..alahai, dikatanya nanti menganggu pelajaran mereka dan sebagainya, ada juga dikata belum tiba masanya untuk berpolitik sedemikian rupa..aii?dah nama pun mahasiswa, mestilah kena serba boleh, dan sudah pasti mereka tahu baik buruknya berpersatuan…ke ada pihak yang takut sampai sanggup berkata sedemikian rupa? Tepuk dada tanya diri..kenapa nak haling? Itulah yang diperlukan oleh mahasiswa, bukan setakat hebat dalam pelajaran, bahkan dalam berpolitik dan bermuamalat..supaya bila keluar kepada masyarakat, masing2 sudah tahu peranan dan apa yang perlu dilakukan… dan perlu diingat juga jangan sampai terabai pelajaran bagi mereka yang berpersatuan nie...


Tidak lupa juga, jangan diingat bahwa jemaah bukan sahaja berpersatuan , atau pun parti2 politik ke ataupun sebagainya..tetapi jemaah juga kepada ahli keluarga, sanak saudara, masyarakat kampong dan juga saudar seislam kita..kenapa? lihat hadis Rasulullah s.a.w di bawah :


“ seorang mu’min dengan mu’min yang lainya bagaikan sebuah bangunan yang sebahagianya menguatkan sebahagian yang lain “

“ perumpamaan dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi, adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh yang lain juga ikut merasakan sakit dengan tidak dapat tidur dan mengalami demam “


Dua hadis yang cukup kuat yntuk mengatakan jangn sesekali kita tinggalkan jemaah..kerana antara kita dan saudara islam yang lain adalah ibarat satu bangunan..masing2 saling menglekapi..ada yang jadi tiang, ada yang jadi bumbung, ada yang jadi lantai dan sebagainya..untukdapatkan sebuah bangunan yang kukuh, kuat, bahkan cantik..kena erlukan jemaah agar kita tidak runtuh di tengah jalan tanpa sebarang kekuatan..


Begitu halnya dengan hadis kedua, antara kita dan saudar islam yang lain adalah ibarat sebuah tubuh, kalu rasa sakit satu bahagian tubuh kita, maka sekuruh akan merasakan sakit..nak dikatakan bagaiman kuat jemaah itu hatta ia di ibaratkan sebagai satu tubuh..tanya diri kita, bila timbul masalah daripada saudar kita yang lain, andai kita diam membisu sahaja, dan membiarkan ia terkapai begitu sahaja..tepuk dada tanya iman..mana pergi sifat ihsan kita dan segala2nya yang patut ada dalam jiwa yang di gelar manusia..sedangkan ALLAH Tuhan kita bersifat penyayang, masakan kita hambanya tidak boleh bersifat sedemikian rupa..


Jadi segala2nya sudah jelas terbukti bahawa jemaah itu sangat2 di perlukan dalam hidup seorang muslim..lihatlah kisah perang badar, bagaimana orang islam yang bilangnya hanya 313, sebaliknya orang kafir 1000 orang..bagaimana islam boleh mengalahkan mereka kalu bukanya hanya denagan jemaah yang betul2 mengikut islam yang sebenar2nya..juga lihat pada perang uhud, kerana kesilapan sedikit umat islam, berpecah dari yang lain walaupun sekejap telah benar2 memberi sejarah hitam dalam umat islam..ALLAH hendak tunjuk kepada kita, kita tinggal jemaah, maka punahlah kita..ambil ia sebagai iktibar, ALLAH bukan sengaja memberi kekalahan kepada orang islam, boleh sahaja ALLAH beri kemenangan tapi supaya umat islam akan datang tidak mengulangi kesilapan yang sama..barulah islam disegani dan digeruni pihak lawan..bukan menjadi boneka kepada mereka dan juga menjaga bahan ejekan kepada mereka..


Rasanya sekian sudah kalam ini, tidak mahu meleret panjang..apa yang perlu kita amik cakna ialah berjemaah tidak kira dimana berada hatta bagi seorang dai’e juga perlu berjemaah bukan melakukan dakwah bersendirian..bagaiman hendak lihat hasil bila bersendirian, fikrah hanya satu, berbeza denagn berjemaah, fikrah pelbagai dan mampu melahirkan kesan yang sangat mendalam bagi diri orang yang di dakwah… sehinggakan kita lihat, solat pun di suruh supaya berjemaah, sebab apa? banyak kelebihannya, masing2 sudah maklum..


Segala yang baik itu datang dari ALLAH, yang salah dan silap atas kelemahan diri sendir yang tidak sesempurna jiwa..yang baik dijadikan pengajaran yang mudarat kita jadikan sempadan..moga2 mampu menjadi ingatan diri dan juga kepada pembaca..


-wallahu’alam-

Khamis, 16 Jun 2011

Ikhlas Itu Kunci Kebahgiaan

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


Kali nie terasa ingin menukilkan sebuah kisah bagi saya cukup banyak pengajaran bagi kita dan bagi kita perlu di ambil iktibar..kisah nie adalah benar2 terjadi..semoga bukan saya sahaja dapat ambil pengajaran bahkan kita semua, kalu ada yang membaca lah…tapi tidak kisah lah, Cuma mahu menyampaikan sahaja…baiklah, kita mulakan…


Kisah nie mengisarkan tentang seorang lelaki yang mempunyai keluarga, kerjanya menangkap ikan..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..namun di takdirkan suatu hari, dia tidak dapat membawa pulangan untuk keluarga, maka berlaparlah keluarga dia untuk 1hari..keesokan harinya dia berazam untuk memastikan kali nie beliau membawa hasil pulangan tangkapan beliau..sebelum beliau pergi,beliau telah berjumpa dengan seorang syeikh, dia berkata “wahai syeikh, doakan aku supaya hari nie aku dapat menangkap ikan untuk bagi keluarga makan”..maka berkata lah syeikh tersebut “pergilah engkau, aku akan doakan supaya engkau mendapat rezeki hari nie”..dengan penuh semangat dan azam, lelaki tersebut pun pergi menjalankan tugasnya untuk mencari rezeki..


Maka ditakdirkan lelaki tersebut memperolehi hasil tangkapan yang memuaskan..dengan gembira, lelaki tersebut pun berlalu pulang dengan hasil tangkapan tersebut..ketika dalam perjalanan, dia terserempak dangan seorang makcik tua yang sedang menangis, lalu dia bertanya kepada mak cik tersebut “wahai makcik, kenapa engkau menangis?” jawab mak cik tersebut “ sesunguhnya aku tidak makan sudah dua hari, aku berasa lapar, kerana itu aku menangis”..lelaki tersebut berkata dalam hatinya “aku tidak makan satu hari, mungkin aku boleh bersabar lagi..tetapi makcik nie sudah dua hari tidak makan,mana mungkin dia boleh bersabar seperti aku”.. maka diberilah hasil tangkapan semuanya kepada makcik tersebut, lalu menangis lah makcik tersebut..kemudian di tanya lagi “wahai makcik, kenapa engkau menangis? “.. jawab makcik tersebut “ aku menagis kerana gembira engkau telah memberikan ku makanan”..maka berlalulah lelaki tersebut pulang ke rumah..


Sampai di rumah, dia pun duduk bersandar di satu sudut ruang, dan mula tertanya pada diri, apa yang ingin dimakan dengan keluarga dia pada hari ini....tiba2, dia terdengar satu suara yang menjerit2 di luar, kemudian dia bertanya kepada lelaki tersebut “kenapa engkau menjerit2 di sini? “.. maka jawab lelaki itu “sesunguhnya, pakcik aku telah mati di Iraq, dan dia telah meninggalkan banyak harta pada aku..jadi aku ingin berikannya kepada engkau”.. lalu dia menerima harta tersebut, dan dia berfikir sejenak..” aku telah sedekah kepada seorang makcik tue hanya sedikit sahaja, namun ALLAH telah membalasnya dengan berlipat kali ganda”..semenjak dari itu, lelaki tersebut banyak besedekah, menuntut ilmu pelbagai dan beribadah dengan banyak..


Hah…da nampak da apa isi dekat situ? Nanti dulu, cerita nie tidak berkesudahan begitu sahaja, kita sambung balik cerita tadi yang terpotong dek kalam mengarut saya…huhuhu..


Pada suatu hari, lelaki tersebut datang lewat dalam majlis ilmu, syeikh perasaan dengan kelewatan dia..setelah habis pengajian tersebut, lalu syeikh tersebut berjumpa dengan lelaki tersebut..lalu ditanyakan halnya kenapa dia hadir lewat dalam pengajian tadi..maka jawablah lelaki tersebut “sesungguhnya, sebelum aku datang tadi aku telah bermimpi sesuatu perkara”..lalu syeikh itu bertanya “apa yang engkau telah mimpikan”.. jawab lelaki tersebut :


“aku telah bermimpi ketika itu aku seolah2 berada pada hari kiamat..seperti di padang masyhar, lalu aku pun berjalan menuju ke tempat hisab (timbangan amal baik dan jahat)..ketika itu aku melihat tiga gunung besar amalan kebaikan ku, gunung sedekah, ilmu dan ibadah..dan aku melihat amalan kejahatan aku cuma sedikit, namun amalan kebaikan aku yang tiga gunung tersebut tidak berupaya melawan amalan kejahatan aku..timbangan amalan kejahatan aku lebih berat dari amalan kebaikan..lalu aku berasa pelik, dan aku teringin melihat amalan kebaikan aku, apakah puncanya ia tidak mampu memberatkan timbangan, lalu apa yang aku nampak dalam tiga gunung tersebut dalamnya cuma kosong,tidak ada apa2, didalam gunung sedekah dan ibadah cuma ada riak, dan dalam gunung ilmu ada kibir(takbur)..lalu aku berasa sangat sedih, dan aku mendengar suatu suara yang mengatakan “ pergilah kau ke dalam neraka”..dengan perasaan yang sangat sedih dan menyesal, aku pun berjalan menuju ke neraka..tiba2 aku teringat akan amalan aku yang pernah memberi sedekah kepada makcik tua, lau aku menuntutnya, dan aku berkata, “ sesungguhnya, dahulu aku pernah menolong seorang makcik tua, lalu aku ingin meminta ganjaran diatas amalan tersebut”..lalu diberi ganjaran, namun masih tidak mampu melawan berat timbangan kejahatan aku, maka aku kembali mendengar suara supaya pergilah ke dalam neraka, dengan sedih aku pun berjalan, tiba2 aku teringat akan akan sesungguhnya makcik tersebut menangis kerana aku berinya makanan, lalu aku menuntut ganjaran amalan tersebut, lalu diberi dan amalan tersebut berjaya memberatkan timbangan kebaikan aku, dan terselamatlah aku dari azab neraka”…


Nampak bukan pengajaran cerita ni? Apa yang penting dalam setiap amalan itu adalah niat..seperti dalam hadis rasulullah s.a.w :


“sesungguhnya setiap amaln itu bermula dengan niat……..”


Panjang lagi hadis tersebut,tapi rasanya semua sudah maklum tentang hadis tersebut,jadi amalan kita semuanya bermula dengan niat..niat apa? Niat kepada ALLAH Taala..segala2nya kita niatkan hanya untuk ALLAH…kadang2 hati kita diusik saat tengah melakukan kebaikan, diusik oleh syaitan dan nafsu untuk menunjuk2 amalan yang dilakukan..maka berhati2lah dengan memperbanyakkan istighfar..namun bagaimana pula kalu kita tengah lakukan kebaikan, ada orang kata kita menunjuk2 dan munafiq? Maka jangan merasa sedemikian rupa, dan jangan pula berhenti, terus lakukan amalan tersebut kerana kalau kita berhenti kata para ulama’, bermakna kita terperdaya dengan hasutan syaitan dan kita telah kalah untuk lakukan kebaikan, dan juga sebenarnya itulah riak,kita mengikut telunjuk manusia yang tidak tahu apa2, yang buta pada ilmu..maka teruskan lah lakukan ibadah, jangan peduli kata orang2 seperti itu seprti dalam mafhum sebuah hadis rasulullah s.a.w :


“berzikirlah kamu sehingga orang menyangka kamu adalah munafiq, dan yang sebenar2 munafiq itu adalah orang yang menyangka kamu munafiq”


Tapi perlu diingat, jangan merasa bila kita melakukan amalan itu, kita lakukan dengan ikhlas..kerana ikhlas itu adalah disisi ALLAH Taala…jangan pernah merasa begitu, bila hati berkata kita ikhlas, maka nafikanlah..kerana itu juga datang dari syaitan dan nafsu… Sekadar iktibar diri dan bagi sesiapa yang membacanya..ingatlah serahkan lah segala niat kita pada ALLAH, seperti mana kiriman saya yang lepas :


“ ...solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk ALLAH..”

(Al A’am : 162 )


Sebelum terlupa, bahwa cerita diatas adalah cerita benar, dan saya telah mengolah sedikit sebanyak ayat tersebut supaya kita lebih jelas lagi..



Moga2 dapat manfaat..Segala yang baik semunya datang dari ALLAH, tanpanya Cuma tiada apa2 diri ini..segala yang salah dan silap datang atas kelemahan diri yang tidak sesempurna jiwa ini..


-wallahu’alam-

Rabu, 15 Jun 2011

DIAlah Segalanya Untukku

Bismillahirrahmanirrahim…selawat dan salam ke atas junjungn besar nabi Muhammad s.a.w,beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


DIA adalah segalanya bagi ku..tajuk yang rasanya paling munasabah dan sesuai dan rasa tidak boleh di pertikaikan…kenapa er?


“katakanlah (Muhammad) : “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH Tuhan seluruh alam”

(Al An’am : 162 )


Cukup jelas nyata dan terang..memang DIA lah yang selayak2nya bagi ku,bahkan bagi kita semua…tidak ada keraguan lagi..seluruh jiwa kita kita sepatutnya di serahkan kepada ALLAH sahaja…tidak ada yang selayaknya melainkan ALLAH sahaja…kita sering kali mengulangi ayat nie tatkala membaca doa iftitah diwaktu solat..tapi kenapa di hati kita masih timbul rasa takut pada yang bukan selayaknya, dan juga kita sering salah menyerahkan diri kita pada…pada siapa? Pada wanita bagi lelaki, dan pada lelaki bagi wanita.. itulah hakikat yang berlaku di sekeliling kita..moga2 kita di jauhkan dari itu…perlukah di berikan pada yang lain selain ALLAH? Ayat di atas sudah jelas termaktub, bahwa segala hidup kita hatta mati kita sekalipun yang perlu kita serahkan hanyalah pada ALLAH…benarlah , al quran di tinggalkan untuk kita, cuma kita tinggal baca, faham, dan ambil iktbar di setiap kalamNYA...ALLAH sudah memudahkan jalan kita ke syurga dengan menunjuk pelbagai cara bagaimana kita nak dapat redha daripada ALLAH…


Kadang tatkala hati mula berjinak ingin mendekatkan diri padaNYA..mula timbul dua musuh utama manusia, iatu nafsu dan syaitan..masing2 bekerjasama memujuk kita supaya timbul pelbagai pertanyaan,hinggakan kita mula sangsi dan was2 dalam hati kita…maka kuatkan lah hati kita dengan firman ALLAH :


“ katakanlah (Muhammad) : “ jika kamu mencintai ALLAH, ikutlah aku, niscaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa2mu.” ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang “

(Ali Imran : 31)


Bermakna,barang siapa yang menyerahkan jiwanya (cinta) pada ALLAH..maka nikmat paling besar untuk dia iaitu cinta yang dibalas oleh ALLAH…subhanallah..bertapa besarnya nikmat yang ALLAH janjikan pada hambaNYA bagi sesiapa yang mengikutinya..apa yang Nabi Muhammad s.a.w bawa, suruh, larang maka ikutlah, kerana itulah jalan kita untuk mencapai nikmat cinta dari ALLAH..


Memang bukan senang untuk kita mencapainya, tapi tqk mustahil bukan..dengan adanya usaha dan azam, ditambah perasaan ingin mecari redha ALLAH..yakinlah, pasti ada kesenangan di setiap kesusahan, Cuma kita kena belajar bersabar dalam menempuh liku2 yang bakal merentasi di depan mata kita..sama ada kita tersungkur dan terus kalah, atau bangun semula dan bangkit dengan semangat dan azam yang semakin membara..kita yang memilihnya, ada akal berfikir, ada hati menafsir… mulai hari nie, kita sematkan dalam hati kita, siapa segalanya bagi kita? Makwe kita? Pakwa kita? Tidak lain tidak bukan DIA lah ALLAH Tuhan semesta alam nie…


Sekadar coretan bersama, yang baik segalanya dating dari ALLAH Taala, sebaliknya segala kesalahan dan kesilapan datang dari diri nie yang tidak sesempurna jiwa…


-Wallahu’alam-

Khamis, 9 Jun 2011

Kemana Hati Ini Diberikan

Bismillahirrahmanirrahim…selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita,nabi Muhammad s.a.w beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


padaMU ku serah segala
harta sepenuh jiwa raga
hanya Kau yang maha pemurah
meredakan hati yang gundah


ya ALLAH
padaMU ku curahkan segala
perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku kepuncak nasuha


Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali takkan ku ulangi


Ya ALLAH Tuhanku
Bantulah hambaMU
Jangan dibiarkan diriku terus dibelenggu


Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan ku kembali
Ke jalan redhaMU

Tiada lain yang kuharapkan
Hanya kasih sayangMU Tuhan
Membawaku ke redhake ampunan

tajuk: nasuha
kumpulan: mestica


Kita manusia acap kali tidak pernah lari dari setiap kesalahan dan kesilapan..kerana sinonim lah dengan kita manusia yang sifatnya lemah,tidak ada kudrat pun melainkan dengan izin ALLAH Yang Esa..itulah lah kita..manusia..benar kita pernah melakukan kesalahn dan kesilapan,tapi pasti ada penawar bagi tiap yang kita lakukan tersebut..maka apakah ia?itulah taubat..taubat yang sebagaimana?taubat yang sebenar2 taubat sehingga kita cukup serik untuk mengulangi kesilapan lampau..kenapa ada diantara kita masih lagi mengulangi kesilapan lampau?itulah sikap diri kita..tidak pernah mengambil ibrah atas setiap kesalahan..bahkan ALLAH banyak kali sebut dalam al quran supaya kita perhatikan kaum2 yang ALLAH binasakan dahulu..tidakkah kita mengambil ibrah..maka begitulah juga kita dalam hayat kita..apabila ada kesilapan cepat2 beristighfar memohon keampunan dari ALLAH.. teringat kalam dari syaidina Ali r.a :


“orang mu’min tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama sebanyak dua kali”


Sekiranya kita masih melakukan kesalahn yang sama,maka tanyalah diri kita..al quran ada,hadis sudah ada..para ulama’ ramai..tapi kenapa kita tetap begitu? maka merintihlah kita kepada ALLAH,sebagai hambaNYA..tanda kita kembali kepadaNYA..itulah tempat pengaduan yang sebaik2nya..ALLAH rindu akan rintihan kita..pernah terbayang,bagaimana seseorang yang kasih dan cinta akan kita,dia sering beri kita pelbagai hingga kita mampu menggukir senyuman kepuasan..namun kita buat endah tak endah sahaja padanya..apa perasaanya? Dan kita berpaling pada orang lain, sudah pasti kecewa bukan? sedih bukan?


Begitu juga kita umpamakan bagaimana ALLAH beri kita pelbagai,serba serbi cukup..tup2 kita cuba mengadu kepada cinta yang lain? Bagaimana ALLAH nak memandang kita akhirat kelak? Hina kita bukan? Sedarlah jiwa,ALLAH sedikit pun tidak akan rugi sekiranya kita tidak membalas cintaNYA,tapi sebaliknya dan hakikat kebenaran,kitalah yang rugi..bahkan pabila tiba di padang pengumpulan kelak..sudah pasti penyesalan yang teramat sangat,namun ketika itu tiada ada apa upaya pada kita untuk mengembalikan waktu2 yang telah merentasi kita..sebelum kita menanggung penyesalan kelak,alangkah baiknya jikalau kita cuba berusaha sedaya yang mungkin untuk menggapai cintaNYA yang teragung..hakikat cinta yang sebenar,sekalikita merasa,nikmatnya tidak mampu kita ungkaikan dengan kalam kita..sujud dan syukur sahaja yang mampu kita balaskan,tapi itulah tanda syukur hambaNYA..


Begitulah bait lagu diatas,cuba mengembalikan cinta yang lama yang jauh terperusuk kembali kepada jalan yang sudah bersuluh dihadapan..dan ingatlah akan kita,dalam mencari cinta,pasti kita temui pahit dan dukanya bukan? kerana itulah ubat dan penawar bagi hati kita nie..untuk mendapatkan hakikat cinta teragung,perlu adanya pengorbanan..korbankanlah seadanya mungkin,kita pasti tidak akan menyesal akan pengembalian yang kita akan dapat..


Sekadar coretan dari hati..sebagai peringatan diri saya sendiri..agar tidak terus lalai dari perkara yang pasti kelak penyesalan sudah pasti terconteng pada muka sendiri..segala kebaikan itu datangnya dari ALLAH Yang Maha Sempurna..dan segala kelemahan dan kesilapan datnagnya dari diri yang tidak sesempurna jiwa…

-wallahu alam-

Jumaat, 3 Jun 2011

Apa Khabar Cinta

Bismillahhirrahmanirrahim..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita,nabi Muhammad s.a.w,serta keatas ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a….


Sering kali tertanya pada diri,ingin sekali berdialong atau bermonolog bersama ‘cinta’..

Wahai cinta,
Macam mana keadaanmu sekarang ini?adakah kau terang ataupun sudah malap?ingin sekali aku menduga perkhabaranmu,tapi rasanya baik ditanyakan kepadamu untuk mendapat jawapan yang pasti…wahai cinta,siapakah cintamu sekarang nie?ingin sekali aku mengenalinya..adakah sesempurna seperti yang aku inginkan..andainya kau salah datangkan cinta kau,aku ingin kau tahu,janganlah kau cuba berikan kepada mereka yang kau belum pasti sempurnanya..kerana yang ak ketahui,hanya ALLAH sahaja yang paling sempurna,jadi jangan kau salah berikan,aku kuatir kelak jiwa aku binasa dek kerana kau cinta..kerana DIA lah kasihku yang paling agung,melebihi segala2nya,bahkan sanggup ku gadaikan nyawa demi mengejarnya..


Wahai cinta,
Aku ingin menayakan kepadamu siapakah cinta kau selepas yang diatas?adakah dia insan kamil?sempurnakah akhlaknya?aku ingin kau tahu,jangan yang ke2 kau serahkan kepada sembarangan..aku kuatir kau silap langkah menyerahkan kepada yang sepatutnya kau jauhkan..aku ingin kau ingat,berikanlah kepada junjungan besar nabiku,nabi Muhammad s.a.w..kerana baginda adalah sesempurna manusia..yang maksum,diampunkan dosanya yang awal dan yang akan datang..baginda jugalah yang sempurna akhlaknya dikalangan manusia..dan menjadi qudwah terbaik untukku bahkan kita semua makhluk..aku kuatir jika kau salah berikan,akhirat kelak aku tidak diakui umatnya bahkan pula bagaimana aku ingin sekali mendapat syafaatnya?


Wahai cinta,
Selepas tue pada siapa pula kau berikan cinta?aku mahu kau dahulukan kedua ibu bapaku dan keluargaku dahulu berbanding yang lain,kerana merekalah yang menjagaku sejak mataku terbuka untuk melihat dunia..mereka tumpahkan kasih mereka lebih berbanding manusia yang lain..tak sanggup aku khianati kasih yang diberikan selama ini..ketahuilah cinta,jangan sesekali kau cuba untuk melangkaui orang lain selain mereka..ku kuatir aku tidak akan mencium bau syurga kelak..ku kuatir juga kehidupan ku disini.bagaimana pula ketika aku di kubur kelak?dan bagaimana pula ketika dibangkitkan kelak..


Wahai cinta,
Selepas mereka,dimana kau letakkan cinta kau?selepas mereka aku harap kau berikan kepada sahabat2 ku dan juga saudara2 ku yang islam..tapi hendaklah kau berikan cinta sahabat tue kepada sahabat2 yang mampu membimbing ku kejalan yang betul..atau tidak mahu kau salah berikan kerana,aku kuatir aku berjalan ke jalan yang pasti gelap hidupku jika bersamanya..jadi berhati2 lah cinta agar pilihan yang kau pilih tue benar dan tidak salah..kerana sahabat seseorang tue mencerminkan diri empunya sahabat tersebut…juga kepada saudara2ku di seluruh dunia nie..kerana teringat aku akan pesan nabi Muhammad s.a.w :

“tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia mencintai saudarnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”


Wahai cinta,
Cinta selepas ini jika kau ingin berikan kepada seseorang kau yang kasihkan..berikanlah kerana ALLAH..jangan kau berikan kerna paras rupanya ataupun hartanya ataupun yang lain..dahulukan lah agamanya kerana itulah pesanan rasulullah kepada kita..jangan kau mengikuti nafsu kerana ia adalah bisikan2 manis dari syaitan yang dilaknat..memang ini yang dinantikan bagi seorang hamba seperti kita,memiliki seorang wanita,yang menjadi tulang rusuk kita..tapi beringat lah juga,ada batasnya,ada caranya dan ada juga waktunya..jangan dek kerana hanya nikmat sementara,aku kau gadaikan wahai cinta..memang kita ini mencarinya,tapi biarlah kita mencarinya dalam keadaan seperti bunga ros yang berduri..kita inginkan ia seperti itu,sukar didekati kerana agama menjadi pedinding diri..bukankah itu lagi indah berbanding kau sudah berikan terlaluawal,dan dia menyambutnya terlalu awal..dimanakah nikmat ketika itu??

*ucapan tahniah ku hulurkan kepada sahbatku,saudar Muhammad fadzil bin fuad,kerana akn bertunang pada 4 jun nie..macam2 kau tempuh akhirnya kau sampi juga ke destinasi kau..semoga selamat diijabkabulkan pada tarikhnya dan semoga kau perlihara cinta kau selagi mana itu belum menjadi ikatan suci yang sah…


Segala yang baik semuanya datang dari ALLAH,dan segala kelemahan dan kesalahan hadir dari hamba yang tidak sesempurna iman dan jiwa nie..denganNYA sahaja aku mampu menuturkan kalamku..tanpaNYA aku lemah dan tidak berdaya..

-wallahualam-