Khamis, 16 Jun 2011

Ikhlas Itu Kunci Kebahgiaan

Bismillahirrahmanirrahim..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, beserta ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a…


Kali nie terasa ingin menukilkan sebuah kisah bagi saya cukup banyak pengajaran bagi kita dan bagi kita perlu di ambil iktibar..kisah nie adalah benar2 terjadi..semoga bukan saya sahaja dapat ambil pengajaran bahkan kita semua, kalu ada yang membaca lah…tapi tidak kisah lah, Cuma mahu menyampaikan sahaja…baiklah, kita mulakan…


Kisah nie mengisarkan tentang seorang lelaki yang mempunyai keluarga, kerjanya menangkap ikan..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..namun di takdirkan suatu hari, dia tidak dapat membawa pulangan untuk keluarga, maka berlaparlah keluarga dia untuk 1hari..keesokan harinya dia berazam untuk memastikan kali nie beliau membawa hasil pulangan tangkapan beliau..sebelum beliau pergi,beliau telah berjumpa dengan seorang syeikh, dia berkata “wahai syeikh, doakan aku supaya hari nie aku dapat menangkap ikan untuk bagi keluarga makan”..maka berkata lah syeikh tersebut “pergilah engkau, aku akan doakan supaya engkau mendapat rezeki hari nie”..dengan penuh semangat dan azam, lelaki tersebut pun pergi menjalankan tugasnya untuk mencari rezeki..


Maka ditakdirkan lelaki tersebut memperolehi hasil tangkapan yang memuaskan..dengan gembira, lelaki tersebut pun berlalu pulang dengan hasil tangkapan tersebut..ketika dalam perjalanan, dia terserempak dangan seorang makcik tua yang sedang menangis, lalu dia bertanya kepada mak cik tersebut “wahai makcik, kenapa engkau menangis?” jawab mak cik tersebut “ sesunguhnya aku tidak makan sudah dua hari, aku berasa lapar, kerana itu aku menangis”..lelaki tersebut berkata dalam hatinya “aku tidak makan satu hari, mungkin aku boleh bersabar lagi..tetapi makcik nie sudah dua hari tidak makan,mana mungkin dia boleh bersabar seperti aku”.. maka diberilah hasil tangkapan semuanya kepada makcik tersebut, lalu menangis lah makcik tersebut..kemudian di tanya lagi “wahai makcik, kenapa engkau menangis? “.. jawab makcik tersebut “ aku menagis kerana gembira engkau telah memberikan ku makanan”..maka berlalulah lelaki tersebut pulang ke rumah..


Sampai di rumah, dia pun duduk bersandar di satu sudut ruang, dan mula tertanya pada diri, apa yang ingin dimakan dengan keluarga dia pada hari ini....tiba2, dia terdengar satu suara yang menjerit2 di luar, kemudian dia bertanya kepada lelaki tersebut “kenapa engkau menjerit2 di sini? “.. maka jawab lelaki itu “sesunguhnya, pakcik aku telah mati di Iraq, dan dia telah meninggalkan banyak harta pada aku..jadi aku ingin berikannya kepada engkau”.. lalu dia menerima harta tersebut, dan dia berfikir sejenak..” aku telah sedekah kepada seorang makcik tue hanya sedikit sahaja, namun ALLAH telah membalasnya dengan berlipat kali ganda”..semenjak dari itu, lelaki tersebut banyak besedekah, menuntut ilmu pelbagai dan beribadah dengan banyak..


Hah…da nampak da apa isi dekat situ? Nanti dulu, cerita nie tidak berkesudahan begitu sahaja, kita sambung balik cerita tadi yang terpotong dek kalam mengarut saya…huhuhu..


Pada suatu hari, lelaki tersebut datang lewat dalam majlis ilmu, syeikh perasaan dengan kelewatan dia..setelah habis pengajian tersebut, lalu syeikh tersebut berjumpa dengan lelaki tersebut..lalu ditanyakan halnya kenapa dia hadir lewat dalam pengajian tadi..maka jawablah lelaki tersebut “sesungguhnya, sebelum aku datang tadi aku telah bermimpi sesuatu perkara”..lalu syeikh itu bertanya “apa yang engkau telah mimpikan”.. jawab lelaki tersebut :


“aku telah bermimpi ketika itu aku seolah2 berada pada hari kiamat..seperti di padang masyhar, lalu aku pun berjalan menuju ke tempat hisab (timbangan amal baik dan jahat)..ketika itu aku melihat tiga gunung besar amalan kebaikan ku, gunung sedekah, ilmu dan ibadah..dan aku melihat amalan kejahatan aku cuma sedikit, namun amalan kebaikan aku yang tiga gunung tersebut tidak berupaya melawan amalan kejahatan aku..timbangan amalan kejahatan aku lebih berat dari amalan kebaikan..lalu aku berasa pelik, dan aku teringin melihat amalan kebaikan aku, apakah puncanya ia tidak mampu memberatkan timbangan, lalu apa yang aku nampak dalam tiga gunung tersebut dalamnya cuma kosong,tidak ada apa2, didalam gunung sedekah dan ibadah cuma ada riak, dan dalam gunung ilmu ada kibir(takbur)..lalu aku berasa sangat sedih, dan aku mendengar suatu suara yang mengatakan “ pergilah kau ke dalam neraka”..dengan perasaan yang sangat sedih dan menyesal, aku pun berjalan menuju ke neraka..tiba2 aku teringat akan amalan aku yang pernah memberi sedekah kepada makcik tua, lau aku menuntutnya, dan aku berkata, “ sesungguhnya, dahulu aku pernah menolong seorang makcik tua, lalu aku ingin meminta ganjaran diatas amalan tersebut”..lalu diberi ganjaran, namun masih tidak mampu melawan berat timbangan kejahatan aku, maka aku kembali mendengar suara supaya pergilah ke dalam neraka, dengan sedih aku pun berjalan, tiba2 aku teringat akan akan sesungguhnya makcik tersebut menangis kerana aku berinya makanan, lalu aku menuntut ganjaran amalan tersebut, lalu diberi dan amalan tersebut berjaya memberatkan timbangan kebaikan aku, dan terselamatlah aku dari azab neraka”…


Nampak bukan pengajaran cerita ni? Apa yang penting dalam setiap amalan itu adalah niat..seperti dalam hadis rasulullah s.a.w :


“sesungguhnya setiap amaln itu bermula dengan niat……..”


Panjang lagi hadis tersebut,tapi rasanya semua sudah maklum tentang hadis tersebut,jadi amalan kita semuanya bermula dengan niat..niat apa? Niat kepada ALLAH Taala..segala2nya kita niatkan hanya untuk ALLAH…kadang2 hati kita diusik saat tengah melakukan kebaikan, diusik oleh syaitan dan nafsu untuk menunjuk2 amalan yang dilakukan..maka berhati2lah dengan memperbanyakkan istighfar..namun bagaimana pula kalu kita tengah lakukan kebaikan, ada orang kata kita menunjuk2 dan munafiq? Maka jangan merasa sedemikian rupa, dan jangan pula berhenti, terus lakukan amalan tersebut kerana kalau kita berhenti kata para ulama’, bermakna kita terperdaya dengan hasutan syaitan dan kita telah kalah untuk lakukan kebaikan, dan juga sebenarnya itulah riak,kita mengikut telunjuk manusia yang tidak tahu apa2, yang buta pada ilmu..maka teruskan lah lakukan ibadah, jangan peduli kata orang2 seperti itu seprti dalam mafhum sebuah hadis rasulullah s.a.w :


“berzikirlah kamu sehingga orang menyangka kamu adalah munafiq, dan yang sebenar2 munafiq itu adalah orang yang menyangka kamu munafiq”


Tapi perlu diingat, jangan merasa bila kita melakukan amalan itu, kita lakukan dengan ikhlas..kerana ikhlas itu adalah disisi ALLAH Taala…jangan pernah merasa begitu, bila hati berkata kita ikhlas, maka nafikanlah..kerana itu juga datang dari syaitan dan nafsu… Sekadar iktibar diri dan bagi sesiapa yang membacanya..ingatlah serahkan lah segala niat kita pada ALLAH, seperti mana kiriman saya yang lepas :


“ ...solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk ALLAH..”

(Al A’am : 162 )


Sebelum terlupa, bahwa cerita diatas adalah cerita benar, dan saya telah mengolah sedikit sebanyak ayat tersebut supaya kita lebih jelas lagi..



Moga2 dapat manfaat..Segala yang baik semunya datang dari ALLAH, tanpanya Cuma tiada apa2 diri ini..segala yang salah dan silap datang atas kelemahan diri yang tidak sesempurna jiwa ini..


-wallahu’alam-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan