Selasa, 6 November 2012

Berjalan Mengembara Melihat Kebesaran ALLAH (1)

Assalamualaikum w.b.t..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin, para auliya' dan ulama' beserta semua yang setia memegang dan menegakkan kalimah ALLAH diatas muka bumi ini...

Alhamdulillah..peluang masih diberi keatas diri ini untuk bernafas dan menyaksikan kebesaran ALLAH JALLA WAALA..moga terus dithabatkan hati kita ini dalam mencari redha ALLAH..terlalu ramai yang jatuh sebelum berada dipenghujungnya kerana fitnah dunia yang semakin kuat..moga ALLAH jauhkan kita semua...

Dalam asyik kta pada urusan dunia, tidak lupa juga pada ALLAH yang Maha Esa..mengharap maghfirah dan redha dariNYA agar kita beroleh ganjran yang tidak dikira...renung balik ayat al quran mafhumnya
" dan ALLAH menyukai orang yang bertaubat dan ALLAH menyukai orang yang bersuci/bersih"...

manusia.... ALLAH ciptakan daripada dua, ruh dan jasad..dan jasad itu tidaklah ada apa2 melainkan dengan adanya ruh..bila keluar sahaja ruh dari jasad maka jasad itu langsung tiada berguna..ALLAH telah meletakkan ruh kepada setiap jasad dibumi ini bukan hanya sekadar suka2 tetapi sebaliknya tidak lain dan tidak bukan supaya kita tunduk dan taat kembali padaNYA..

berbalik pada mafhum ayat al quran diatas..
ALLAH menyukai orang yang berbuat taubat = ruh
ALLAH menyukai orang yang bersih dan suci = jasad
lihat dua perkara yang ALLAH hendak tunjuk kepada kita..kita manusia mahu tidak mahu setiap masa kena ada rasa pengisafan diri kepada ALLAH...lihat, kenapa nabi ajar kepada kita banyakkan berwudu'?kerana hendak jasad kita berada dalam keadaan suci, tetapi tidak cukup hanya sekadar bersih tanpa taubat..

mereka yang bertaubat ini adalah mereka yang sangat dekat dirinya dengan ALLAH, kerana orang yang bertaubat, mereka berasa diiri mereka sangat hina, kerdil dan hanya mengharap ampunan dari ALLAH sahaja, waktu tue tiada lain hanya mengharapkan ALLAH..bayangkan bagaimana hati2 orang yang berusaha meminta keampunan dari ALLAH..ALLAH hendak berpaling dari mereka?sesekali tidak bahkan lebih menyukainya...pandanglah manusia itu dengan pandagan kasih dn sayang serta cinta kerana dia seagama dengan kita.bukan kerana bangsa, mahupun warna kulit..


perhatikan diri kita , ambil waktu untuk kita renung kembali salah silap kita..buatkan hati kita ini menangis kerana rindu akan ALLAH dan RasulNYA..tidaklah berasa rugi sedikit pun bahkan kita akan temui ketenangan disana..

hati manusi senang berpenyakit..penawarnya hanya zikir pada ALLAH,selawat keatas nabi dan ingat kematian...kalau nabi sedikit pun masanya tidak pernah lupa untuk umat, lagilah kita umatnya...perlu timbulkan rasa dan cinta pada baginda..lebih dari kita rasa cinta pada diri kita..mafhum hadis nabi ada menyebut tidak sempurna iman selagi mana dia tidak mencintaiku lebih dia menyintai dirinya sendiri..

wallahualam..terasa agak berserabut post kali ini...moga ada manfaat untuk peringatan diri dan yang membaca..selagi hidup selagi itu usaha untuk agama, bantu agama ..siapa bantu agama ALLAH,ALLAH akan bantu dia..biar penat berbuat kebaikan kerana penat itu akan hilang sebaliknya kebaikan yang kita buat akan tetap kekal untuk bantu kita kelak...(^^,)