Jumaat, 4 Mei 2012

Jaga Tepi Kain Orang Jangan Sampai Kain Orang Terselak kain Kita Terkoyak

Assalamualaikum, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, nabi muhammad saw. ahli keluarga baginda, dan para2 sahabat khususnya..

kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit tentang tajuk diatas.. Terlintas hendak menulis berkenaan dengan tajuk diatas kerana terpana dengan satu status seseorang di facebook, yang mengatakan lebih kurang macam ini lah ayatnya "tak pyah lah nak bajet alim, nasihat2 orang, tegur2 orang, engkau2 aku2".. lepas itu disambung pula dengan komen rakanany2 yang menyokong apa yang dia cakap, bahkan ada yang membalas dengan berkata "prinsip aku, aku wat hal sendiri, salah ke btol ke korang tk pyh laa nk tegur", lebih kurang bunyinya..
mengucap panjang diri ini, tidak sangka tergamak berkata sedemikian rupa, bukan hendak menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa, tapi, fikirlah dahulu sebelum bercakap.. percakapan kita melambangkan diri kita..perkara ini sudah lama terjadi, dan sudah banyak juga kelihatan.. kata imam syafie r.a

"orang yang bijak bila bercakap akan meletakkan otak/akalnya dihadapan dan lidah dibelakang, sebaliknya orang yang bodoh akan meletakkan lidahnya dihapan dan otak/akalnya dibelakang ketika bercakap" 

baiklah, sebagai permulaan, tidak salah sebenarnya untuk kita tegur menegur, nasihat menasihati antara satu sama lain..bukankah itu yang dianjurkan oleh islam..dalam mafhum hadis baginda rasulullah saw ada bersabda

"barang siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka ubahlah denagan lidah, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman"  

islam menganjurkan umatnya untuk menegur antara satu sama lain, bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan, sebaliknya sebagai pembaikkan untuk diri.. kita manusia terkenal dengan kesalahan dan kekurangan, bahkan lupa juga, maka itu sudah jadi tugas sesama kita untuk menegur mana yang salah..bukan bermakna yang menegur itu bajet alim ataupun tidak, tetapi hakikatnya ia adalah sebagai tanggungjawab bagi orang yang beriman.. bukan sekadar pada lafaz mengatakan aku beriman, tetapi dizahirkan juga dengan perbuatan.. itu ciri2 orang beriman.. 

ada juga yang berkata, hal kau hal kau, hal aku hal aku, kubur lain2..kalu macam itu, silakan lah bila mati kelak, pi mandi sendiri, kafan sendiri, solat sendiri, gali kubur sendiri, lepas itu tang hendak masuk kubur itu, pi guling2 sendiri sampai tempat kubur, waktu nk kambus itu, doa lah bebanyak agar waktu mati itu, tanah itu sendiri bergerak yang kambuskan..hah, senangkan kerja, sendiri2, mati pun sendiri2 laa...ALLAH ALLAH...

dalam mafhum hadis baginda rasulullah saw yang lain ada bersabda :

"tidak beriman seseorang mukmin selagi mana dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"

tanda dia cinta saudaranya, dia akan tegur bila mna saudaranya buta silap, dia akan bantu bila mana saudaranya dalam kesusahan, sepertimana dia mahu dirinya terbaik, seperti itulah juga dia mahukan saudranya sedemikian rupa..

juga peringatan  seperti tajuk saya diatas "jaga tepi kain orang jangan sampai kain orang terselak kain sendiri terkoyak".. tidak salah ambil tahu hal2 saudranya, tapi jangan sampai membongkar keaibanya, dan perkara 2 yang menjatuhkan maruahnya, kerana ia haram disisi islam.. apa yang cuba saya maksudkan dengan tajuk diatas adalah, ambil tahu hal jiran, jangan sampai kita membongkar keaibanya, dan dalam masa sma jaga diri kita dan keluarga kita, takut2 kita menasihati orang tetapi diri kita tidak terjaga..

jadi, apa yang perlu bagi kita ini sebagai seorang orang islam, hendakalah keatas kita memelihara dan mengikuti segala yang diperintahkan oleh ALLAH dan yang diajarkan oleh nabi muhammad saw, kemudian mentarbiyah diri kita agar menjadi seorang mukmin yang berakhlak mulia, bimbimg keluarga kita, tidak kira lah anak2 kita, isteri kita, ibu bapa adik beradik dan lain2 lagi...tarbiyah keluarga kita mengikut acuan islam..kemudian dalam masa yang sama, kita tegur2 jiran2 atau sanak saudara kita mana yang salah, bantu mana yang perlu..indah bukan ajaran islam itu, andailah kita semua mengamalkan apa yang diajar oleh baginda rasulullah saw, insya-ALLAH, saya yakin kita mampu hidup dengan harmono, tanpa perpecahan..baik dari pelbagai agama dan berbilang kaum...wallahualam...


mudah2han, apa yang disamapikan kali ini, saya dapat ambil iktibarnya, saya bukanlah orang hebat yang sentiasa betul, tetapi sya menginginkan menjadi orang yang hebat dan baik, bahkan mukmin yang cemerlang..siapa tidak mahu, semua orang pasti mahu.. mana yang baik datang dari ALLAH, mana yang salah dan kurang atas kelemahan diri yang serba kurang ini.... moga2 kita mendapat kebaikan daripada ALLAH...amin.. 

Al fatihah keatas arwah bob kuman, semoga pemergiannya menjadi iktibar agar kita dekat pada ALLAH, dan moga2 beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...al fatihah.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan