Selasa, 8 Mei 2012

Merendah Diri

Bismillahirrahmanirrahim...selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, dan keatas ahli keluarga baginda dan para sahabat...tempatkanlah kami dikalangan hamba2 MU yang soleh dan solehah..amin ya rabb...


Sebelum kita masuk kedalam tajuk kita, ingin saya definasikan makna tawaduk itu secara ringkas dan mudah difahami..tawaduk adalh satu sifat merendah diri, menundukkan diri dan lain2...ia juga adalah lawan kepada sifat takkabbur, bongkak, riya' sombong...jadi kali ini ingin saya kongsikan cara2 untuk merendahkan diri yang diajar oleh ulama tasawuf..


1.Bila kamu memandang orang yag lebih tua darimu, maka katakanlah pada dirimu bahawa dia sudah hidup lagi lama dari aku, dan sudah pasti amal ibadahnya lagi banyak dariku


antar sifat yang diterapkan disitu adalah husnu zon..kita manusia bila memandang pada orang, mula cepat berprasangka, memang kita tak dapat lari daripada itu, tapi kita ada usaha untuk mengubatinya..kita bila belajar ilmu sedikit, lebih2 lagi ilmu agama, dah rasa diri ini perfect betul dari orang lain..seolah dia sahaja yang mengetahui, tapi awas, ilmu itu datang dari ALLAH..jangan sesekali kita berlagak..jangan hanya seseorang yang kita pandai tua dari kita, kadang2 tidak nampak dimasjid bersama kita, kadang2 tak nampak berjemaah dengan kita jangan disangka dia tidak pernah..siapa tahu, dia orang yang alim, berjemaah ditempat lain..dan boleh jadi dia seorang wali ALLAH..awas akan kata2 kita dan firasat kita..


2.Bila kamu memandang orang dibawah usiamu/budak2. katakanlah pada dirimu bahawa dia hidup tidak lama seperti aku, maka sudah tentu dosa2nya kurang daripada aku


ingin saya kongsikan sebuah kisah, seorang budak melihat api dihadapnya, maka lalu ia menangis, ketika itu adanya khalifah harun ar-rasyid, maka ditanyakan kepada budak itu, kenapa engkau menangis? maka jawab budak tersebut, aku menangis bila melihat api aku teringat akan neraka..lalu dijawab khalifah, usahlah menangis, engkau budak dan tidak akan masuk dalam neraka..jawab budak itu lagi, aku lihat sebelum api itu membesar, ia dibakar oleh ranting2 kecil kemudia baru yang besar..aku risau aku akan dibakar dahulu seperti itu..mendenagar jawapan si budak tersebut, maka menagislahlah akan sang khalifah. ALLAH ALLAH...
lihat, seorang budak yang belum ada ada tangungan dosa keatasnya, tetapi sangat takut kepada api neraka hanya bila melihat akn api dunia sahaja...kita bagimana pula???


3.Bila kamu melihat orang yang banyak melakukan banyak kejahatan, katakanlah pada dirimu bahawa satu hari bila dia bertaubat dia lebih mulia darimu


Yang ini memang banyak berlaku dalam diri kita, pantang nampak orang yang banyak buat dosa atau maksiat, maka serta merta kita akan pandang hina pada dia..itu sebenarnya adalah tipu daya syaitan padamu..syaitan dan nafsumu sengaja begitu agar kamu berasa riya', sombong dengan mengatakan bahawa kamu lebih baik darinya. dan kamu lagi banyak pahala darinya..ingatkah kita kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang tapi masuk syurga kerana niat dia ingin berubah, kisah si wanita yang menjadi pelacur, memberi minuman kepada anjing dahag masuk syurga dan banyak lagi pelbagai kisah2 seperti itu..hati2 dengan diri kita yang cepat mengandaikan seseorang..kita bukan Tuhan hendak tentukan syurga neraka seseorang..


4.Bila kamu memandang orang kafir, maka katakanlah pada dirimu/mendoakan hidayah  kan dia suatu hari nanti


Ini supaya kita ingat akan diri kita bahawa mati ALLAH sahaja yang sama ada baik atau tidak, sama ada dalam imn atau tidak..nauzubillah..minta2 kita dijauhkan..teringat satu cerita atau novel atau cerpen tidak pasti saya..seorang laki dan perempuan yang bercinta tetapi berlainan agama..si lelaki kristian, si wanita muslim..lau ketika diakhirnya masing2 sakit dan tidak dapat berkhwin kerana berlainan agama, lalu sebelum mati si wanita itu menukar ke agama krisytian kerana bila mati nanti dia takkan dapat jumpe kekasihnya yang bukan islam..maka mati wanita itu dalam kufur..si lelaki dapat tahu berita kekasihnya mati, merasa sedih dan semakin sakit, sebelum mati lelaki itu berpikir, kalu dia mati dalam agamanya ssudah tentu di tak dapat bertemu dengan wanita itu tadi kerana wanita itu islam pasti kesyurga, namun dia tdak tahu bahwa wanita itu menukar agamanya seblum mati..lalu silelaki menukara agama islam, dan mengucap syahadah..maka mati keadaan muslim..nauzubillah kita dari perkara2 begini..tapi ini realiti, lihat sekarng, ramai orang murtad..tak larat nak bendung lagi...wallahualam..


semoga bermanfaat untuk saya dan yang membaca...yang baik itu datang dari ALLAH SWT..silap salah ats kelemahan diri sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan