Selasa, 17 April 2012

Bicara Qalbu

Assalamualaikum, selawat dan salam keatas baginda junjungan mulia terpuji lagi tercinta, bersama ahli keluarga baginda dan para sahabat


Hati kita senang benar tersentuh hakikatnya..kalu istilah jawa ciwek.. Itu sebab kerana fitrahnya lembut, dimurnikan dengan agama.. Cantiknya hati yang ALLAH kurniakan dengan ketenangan dan nur dariNYA.. Berjuang melawan hawa nafsu itu satu mujahadah, payah tapi indah.. Menghiaskan diri dengan perhiasan akhlak yang cantik, orang memandang menjadi senag, hilang umpatan bila dibelakang.. Tatkala hati mula dinodai dengan bisikan halus syaitan, taruhan kuat dari hawa nafsu, pasti diri mula berbelah bagi, kemana yang perlu untuk dipilih.. Orang yang berjaya adalah orang yang mampu mengawal hatinya dari terpedaya akan bisikan syaitan dan hawa nafsu..


Ternyata ia payah bila ingin menempuhi, tetapi amat mudah bila dibimbingi.. Panduan mana yang perlu diikut jika bukan al-quran dan as-sunnah.. Ulama' juga ada untuk membimbing.. Usah tersalah anggap jikalu sudah berbuat dosa, maka pengampunan untuk kita sudah tidak ada lagi.. Kerana yang membicarakan seperti itu hanyalah syaitan, yang cuba menghalang kita untuk kembali bertaut pada cinta Rabb nya... Liku-liku itu akan ditemui bila mana hati mengajak kuat untuk berubah, mula siap sediakan kekuatan diri, rohani jasmani, biarkan nur ilahi itu memasuki diri..


Ahhh... Sukarnya, memang...ia pasti sukar kerana ingin bersenang kemudian.. Ambil contoh, kita periksa..kita sedaya upaya cuba menghafal apa yang kita perlajari, supaya mudah untuk menjawab ketika peperiksaan..walaupun dihati itu ada rasa sedikit kepayahan, badan sudah mulai lesu, tetapi kita tetap juga teruskan untuk apa? Untuk kita mudah menjawab periksa nanti.. Begitu juga bila mana kita melawan hawa nafsu, berpenat dan berpayahan, untuk apa? Untuk kita berjaya leraikan rantai-rantai yang menyangkutkan kita dengan jurang api neraka..


Imam Sufyan Al Thauri ada menyebut :

"akhlak yang mulia bagi seseorang itu adalah memadamkan kemarahan ALLAH"


Kita bermula sedikit demi sedikit, insya-ALLAH, mudah-mudahan ALLAH benarkan kita untuk mersai nur iman dan islam itu sendiri..


diri ini hanya menulis semampu yang ada, bukan bercerita dan berkata penulis ini baik, bahkan ia adalah atas satu cara untuk penulis mengingatkan akan diri yang serba lemah dan yang tidak sesempurna jiwa, tapi menginginkan yang terbaik untuk diri, bila bertemu dengan Pencpta Hakiki...wallahualam...

Ahad, 15 April 2012

Aku Cinta Akannya

waktu itu jahiliyah berleluasa,
arak zina merompak perkara biasa,
anak ditanam hidup2 disangka beban pada keluarga,
kerana kegelapan lama yang sudah dimakan masa..

Waktu itu tanggal 12rabiulawal,
lahir insan mulia dibumi ini,
api majusi terpadam kegelapan tengelam,
sinar cahaya memancar terang..

Dulu yang dihina kini diangkat tinggi,
dulu yang dicaci kini mulia disisi,
kerana seorang insan kekasih ilahi,
membawa seribu makna dari nur ilahi..

Dari yang kecil ke kelompok yang besar,
dari yang tersembunyi kearah terang terangan,
wahyunya berlandaskan kalam suci,
bukan direka bukan jua dimanipulasi..

Budi luhurnya tiada kata dapat diucap,
sopan bahasanya memikat ramai ingin mendekat,
tunduknya diri walaupun seorang nabi,
oh mulianya santun peribadi..

Kerana akhlak peribadinya islam disanjung tinggi,
kerana kebijaksanaanya bumi ditadbir murni,
adil cekap dan hemah menjadi prinsip diri,
adakah ini ada pada masa kini??..

Kini namanya terus meniti,
baik disana mahupun disini,
cintanya pada kita tidak penuh jemuh bertepi,
ketika wafatnya ummati 3x yang didahului..

Wahai rasulullah saw kekasih ilahi,
hati kami tidak penah berani menafi,
kami cinta dan rindu padamu wahai murabbi..

Allahummasolli ala muhammad, wa ala alihi wasobbihi warabarik wasallim 3x.. Sollu alan nabi