Ahad, 15 April 2012

Aku Cinta Akannya

waktu itu jahiliyah berleluasa,
arak zina merompak perkara biasa,
anak ditanam hidup2 disangka beban pada keluarga,
kerana kegelapan lama yang sudah dimakan masa..

Waktu itu tanggal 12rabiulawal,
lahir insan mulia dibumi ini,
api majusi terpadam kegelapan tengelam,
sinar cahaya memancar terang..

Dulu yang dihina kini diangkat tinggi,
dulu yang dicaci kini mulia disisi,
kerana seorang insan kekasih ilahi,
membawa seribu makna dari nur ilahi..

Dari yang kecil ke kelompok yang besar,
dari yang tersembunyi kearah terang terangan,
wahyunya berlandaskan kalam suci,
bukan direka bukan jua dimanipulasi..

Budi luhurnya tiada kata dapat diucap,
sopan bahasanya memikat ramai ingin mendekat,
tunduknya diri walaupun seorang nabi,
oh mulianya santun peribadi..

Kerana akhlak peribadinya islam disanjung tinggi,
kerana kebijaksanaanya bumi ditadbir murni,
adil cekap dan hemah menjadi prinsip diri,
adakah ini ada pada masa kini??..

Kini namanya terus meniti,
baik disana mahupun disini,
cintanya pada kita tidak penuh jemuh bertepi,
ketika wafatnya ummati 3x yang didahului..

Wahai rasulullah saw kekasih ilahi,
hati kami tidak penah berani menafi,
kami cinta dan rindu padamu wahai murabbi..

Allahummasolli ala muhammad, wa ala alihi wasobbihi warabarik wasallim 3x.. Sollu alan nabi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan