Sabtu, 9 Jun 2012

Disan Disini Kita & Mereka

assalamualaikum, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, baginda nabi muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin dan semua khalifah yang berada diatas muka bumi ini yang tidak pernah jenuh dan lelah dalam membawa panji islam...



     Baru diatas sibuk cerita khalifah tapi diri ini da lemah...Allahurabbi.. memang sebenarnya bagi kita ini, tanpa mujahadah yang kuat, kesabaran yang mendalam, dan yang paling penting cinta kepada ALLAH dan rasulNYA dengan sebenar2 cinta, pasti akan mudah tersungkur dan menyerah bila kalah...tetapi tidak seperti para2 sahabat nabi yang gigih memperjuangkan islam hingga keseluruh dunia tersebarnya, semua kerana cinta para sahabat kepada islam, dan para sahabat tahu tiada ada benar melainkan hanya dengan islam...


   kerana islam yang hina jadi mulia,
   kerana islam yang miskin jadi 'kaya'
   kerana islam yang lemah sentiasa bertenaga,
   kerana islam yang hamba bebas merdeka,
   kerana islam yang derita meniti bahagia,
   kerana islam yang syahid menempah syurga..


    Hanya mereka yang memahami islam sahaja sanggup mengadaikan nyawa sendiri demi melihat tertegaknya agama ALLAH itu..dalam masa yang sama, pasti akan ada ranjau dan musuh..baik musuh yang bukan islam mahupun yang sendiri islam tapi menentang juga kerana terpengaruh dengan agenda barat....kalau dizaman nbaginda dan sahabat2 mereka ini digelar munafiq, zahir menunjukkan keislaman tapi bila dibelakang mencaci maki bahkan berpaling dari islam..hanya azab pedih di neraka yang paling bawah dijanjikan ALLAH untuk mereka...nauzbillah..moga kita dijauhkan..


      Kalau cerita disini, pilihanraya antara dr mursi(ikhwanul muslimin) dan ahmad shafiq(fulul mubarak) itu yang orang kata lah, tapi memang pun..semoga dr mursi menang dan tanzim islam dapat dimartabatkan semula dibumi para anbiya' ini...sinar2 cahaya kemenangan islam sekarang tampak kejelasan..kini yang pilih diri kita untuk kearah mana..ALLAH beri akal dan hati untuk digunakan supaya kita dapat berfikir dan hayati mana yang terabaik untuk kita...sudah pasti mereka yang membawa islam..begitulah keadaan disini, ada yang kedainya dibakar gara2 menyokong dan membuat kempem untuk dr mursi...punyalah hasad hati itu, orang awam yang hendak membantu berkempem calon yang membawa islam, tapi dilakukan sedemikian rupa..semog ALLAH balas jasa beliau..


    Dalam masa sama keadaan disyria, rakyat dibunuh tanpa dosa, ulama' dibunuh...semuanya gara2 menuntut hak dan memperjuangkan islam..banyak negara barat sudah mengusir duta syria dinegara mereka, itu negara bukan islam ada keprihatinan sebegitu, negara kita?dah ke belum dgelar negara islam tapi....malu sangat diri ini berada disini, bila ditanya engkau dari mana, jawab malaysia..maka2 mereka akan cakap, bagus2, negara bagus, negara islam..tapi diri tertunduk malu, kerana rakyat negara sendiri lebih mengetahui...kita jangan membeci orang yang tidak ikut orang ingin bawa islam,kita hanya benci perangainya, tapi dalam masa sama kita sama2 doakan agar mreka turut akan serta..


     Berbalik pada isu syria, marilah kita sam2 doakan akan keamanan dan kemenagan rakyat syiria yang gigih dalam menegakkan kebenaran dinegara mereka..supya basyar ini dilaknat, dihancurkan kumpulanya, dipecah belah...jangan pernah berhenti berdoa, kerana ia senjta bagi orang mukmin..lagipun kita kan bersaudara..tanda cinta kita pada saudara kita, kita jaga hak2 mereka...


kulihat hijau tenang disana,
gelombang rakyatnya lantang bersuara,
demi satu matlamat yang dipinta,
agar keadilan tegak terlaksana...


wallahualam...moga ada manfaat untuk diri dan yang membaca...

Khamis, 7 Jun 2012

Kita Berdosa Tapi............

Assalamualaikum..selawat dan salm keatas junjungan besar nabi kita, baginda nabi muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat dan kepada sekalian khalifah atas muka bumi ini yang berjuang tidak kenal erti penat lelah membawa panji islam...


    Allahurabbi....tidak ada satu keupayaan sedikit pun melainkan semuanya hanya datang dariNYA...kembali tautkan hati pada pencipta kita, penawar bagi segala racun dunia...hati yang mati adalah hati yang tidak mahu lagi berpatah balik bila tersilap langkah(berbuat salah/dosa), hati yang mati juga bila sedikit pun tiada kekesalan bila melakukan maksiat, baik sebelum mahupun selepas... hati yang mati juga bila kita dinasihati kita membantah seolah membetulkan diri kita.... hati yang mati sekalipun nur ada dihadapan sedikit pun tiada rasa ingin kearah nur itu... jauhkan kami ya ALLAH dari hati yang mati ini, iaitu hati yang membuat kami jauh dariMU...

          teman2,  sekalipun kita melakukan dosa, jangan pernah ada dihati kita putus asa dari mohon ampun padaNYA dan kembali padaNYA, mahupun untuk tidak melakukan lagi... saat diri kita bergelar manusia, saat itulah kita tidak terlepas dari berbuata dosa, kiata bukan maksum(terperlihara dosa) seperti baginda rasulullah saw.. namun kita mampu menjadi orang yang diperlihara oleh ALLAH dari melakukan dosa, bila berbuat kesalah atau kesilapan, cepat2 sedar akan ia..itulah hati yang ALLAH jaga, yang diperliharanya kerana cinta...

        berada disini, mengajar diri ini serba serbi erti makna dunia ini, bukan tujuan membanggakan diri, tapi ingin berkongsi..bukankah nabi pesan samapikanlah daripadaku walaupun satu ayat... pesan yang tampak ringkas tapi penuh dengan segala makna untuk diri kita yang bergelar manusia.. tidak kira siapalah kita, orang biasa ke, alim ulama', ketua negara, maka bila perolehi satu yang bermanfaat maka sampaikan lah kepada yang lain, maka ALLAH akan kurniakan kepada mu ilmu yang baru..

         teringat pesanan guruku(sheikh rohimudin) ketika didalam kelas beliau, "kalau kamu mahu tahu dimana martabat/kedudukan kamu disisi ALLAH, maka lihatlah didalam dirimu sejauh mana kamu membesarkan(mengagungkan) ALLAH..saat mendengar sahaja kalimat tersebut, diri tertunduk malu...terasa bertapa hinanya diri kita ini manusia saat ketika kita meletakkan ALLAH dibelakang, walhal sepatutnya kita kena adakan ALLAH dalam setiap perbuatan kita lakukan, baru kita merasa takut untuk berbuat dosa..

         mungkin sekadar ini sahaja buat masa ini, teringin untuk berkongsi serba serbi pengalaman hidupku selama berada disini..bumi penuh barakah.. bumi impian para penuntut ilmu, maka telah ALLAH samapikan ku kesini.. insya-ALLAH akan cuba berkongsi serba serbi apa yang pernah dilalui disini.. betul kata orang2 tua atau guru2 kita dahulu, pengalaman tidak akan dapat dibeli melainkan kamu melaluinya sendiri, dan setiap orang berbeza pengalamannya...Allahurabbi... wallahualam...


moga2 ada manfaat untuk kali ini, 
biar kita dihina kerana perjuangkan agama,
jangan dihina kerana mencaci agama....

Isnin, 4 Jun 2012

Antara Senyuman & Kegembiraan

Assalamualaikum....

bila tiba fikiran mula merewang dari buku ditangan...
gelojak kegembiraan mula lari bertempiaran
jari jemari mula riang menari kesukaan...
padah bila melekat dipapan alam maya-mayaan...

hehehe...ada ke ayat ni maya-mayaan...takpelah, sekadar suka-sukaan, untuk hati yang mula hujan,
kita terus tuju pada tajuk asal...kali nie post abnyak berkaitan dengan video...ada satu masa nyayian mampu menerangkan dengan lebih faham...sengaja ikut citarasa....
layannnn jee...sangat penuh bermakna....



Ahad, 3 Jun 2012

Tersenyum Mencari Penawar

Assalamualaikum ....... bila exam beginilah jadinya, kaki ligat melangkah, mata cepat melilau, jari jemari pula mula ligat mencari sesuatu untuk dipost.. kali nie sesuai rasanya untuk tajuk kat atas nie hah...tak perlu banyak cakap, diam tengok perhati, kaji, dan cari...lepas tue............ bila tiba masanya amalkan apa yang di minta...layan.......(^^,)





sangat suka lahh lagu nie...hehehe...penuh dengan isi tersurat murat...sape yang nak saya alunkan untuk dia....berhibur tiada salah kerna hiburan itu indah.. hanya pabila salah memilihya membuat kita jadi bersalah....mood tengah exam, mata ke lain, fikiran ke lain, hati kelain....hehehe....