Sabtu, 9 Jun 2012

Disan Disini Kita & Mereka

assalamualaikum, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, baginda nabi muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin dan semua khalifah yang berada diatas muka bumi ini yang tidak pernah jenuh dan lelah dalam membawa panji islam...



     Baru diatas sibuk cerita khalifah tapi diri ini da lemah...Allahurabbi.. memang sebenarnya bagi kita ini, tanpa mujahadah yang kuat, kesabaran yang mendalam, dan yang paling penting cinta kepada ALLAH dan rasulNYA dengan sebenar2 cinta, pasti akan mudah tersungkur dan menyerah bila kalah...tetapi tidak seperti para2 sahabat nabi yang gigih memperjuangkan islam hingga keseluruh dunia tersebarnya, semua kerana cinta para sahabat kepada islam, dan para sahabat tahu tiada ada benar melainkan hanya dengan islam...


   kerana islam yang hina jadi mulia,
   kerana islam yang miskin jadi 'kaya'
   kerana islam yang lemah sentiasa bertenaga,
   kerana islam yang hamba bebas merdeka,
   kerana islam yang derita meniti bahagia,
   kerana islam yang syahid menempah syurga..


    Hanya mereka yang memahami islam sahaja sanggup mengadaikan nyawa sendiri demi melihat tertegaknya agama ALLAH itu..dalam masa yang sama, pasti akan ada ranjau dan musuh..baik musuh yang bukan islam mahupun yang sendiri islam tapi menentang juga kerana terpengaruh dengan agenda barat....kalau dizaman nbaginda dan sahabat2 mereka ini digelar munafiq, zahir menunjukkan keislaman tapi bila dibelakang mencaci maki bahkan berpaling dari islam..hanya azab pedih di neraka yang paling bawah dijanjikan ALLAH untuk mereka...nauzbillah..moga kita dijauhkan..


      Kalau cerita disini, pilihanraya antara dr mursi(ikhwanul muslimin) dan ahmad shafiq(fulul mubarak) itu yang orang kata lah, tapi memang pun..semoga dr mursi menang dan tanzim islam dapat dimartabatkan semula dibumi para anbiya' ini...sinar2 cahaya kemenangan islam sekarang tampak kejelasan..kini yang pilih diri kita untuk kearah mana..ALLAH beri akal dan hati untuk digunakan supaya kita dapat berfikir dan hayati mana yang terabaik untuk kita...sudah pasti mereka yang membawa islam..begitulah keadaan disini, ada yang kedainya dibakar gara2 menyokong dan membuat kempem untuk dr mursi...punyalah hasad hati itu, orang awam yang hendak membantu berkempem calon yang membawa islam, tapi dilakukan sedemikian rupa..semog ALLAH balas jasa beliau..


    Dalam masa sama keadaan disyria, rakyat dibunuh tanpa dosa, ulama' dibunuh...semuanya gara2 menuntut hak dan memperjuangkan islam..banyak negara barat sudah mengusir duta syria dinegara mereka, itu negara bukan islam ada keprihatinan sebegitu, negara kita?dah ke belum dgelar negara islam tapi....malu sangat diri ini berada disini, bila ditanya engkau dari mana, jawab malaysia..maka2 mereka akan cakap, bagus2, negara bagus, negara islam..tapi diri tertunduk malu, kerana rakyat negara sendiri lebih mengetahui...kita jangan membeci orang yang tidak ikut orang ingin bawa islam,kita hanya benci perangainya, tapi dalam masa sama kita sama2 doakan agar mreka turut akan serta..


     Berbalik pada isu syria, marilah kita sam2 doakan akan keamanan dan kemenagan rakyat syiria yang gigih dalam menegakkan kebenaran dinegara mereka..supya basyar ini dilaknat, dihancurkan kumpulanya, dipecah belah...jangan pernah berhenti berdoa, kerana ia senjta bagi orang mukmin..lagipun kita kan bersaudara..tanda cinta kita pada saudara kita, kita jaga hak2 mereka...


kulihat hijau tenang disana,
gelombang rakyatnya lantang bersuara,
demi satu matlamat yang dipinta,
agar keadilan tegak terlaksana...


wallahualam...moga ada manfaat untuk diri dan yang membaca...

1 ulasan:

  1. subhanAllah catatan yg baik..luahan hati seorang pengembara di bumi Anbiya'..:) insyaAllah Dr.mursi akan diangkat utk menjadi pemimpin. kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya..
    ayuh mari kita sama2 memberi kuasa kepada rakyat menentukan halatuju negara dgn didokong oleh alim ulamak,

    BalasPadam