Khamis, 7 Jun 2012

Kita Berdosa Tapi............

Assalamualaikum..selawat dan salm keatas junjungan besar nabi kita, baginda nabi muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat dan kepada sekalian khalifah atas muka bumi ini yang berjuang tidak kenal erti penat lelah membawa panji islam...


    Allahurabbi....tidak ada satu keupayaan sedikit pun melainkan semuanya hanya datang dariNYA...kembali tautkan hati pada pencipta kita, penawar bagi segala racun dunia...hati yang mati adalah hati yang tidak mahu lagi berpatah balik bila tersilap langkah(berbuat salah/dosa), hati yang mati juga bila sedikit pun tiada kekesalan bila melakukan maksiat, baik sebelum mahupun selepas... hati yang mati juga bila kita dinasihati kita membantah seolah membetulkan diri kita.... hati yang mati sekalipun nur ada dihadapan sedikit pun tiada rasa ingin kearah nur itu... jauhkan kami ya ALLAH dari hati yang mati ini, iaitu hati yang membuat kami jauh dariMU...

          teman2,  sekalipun kita melakukan dosa, jangan pernah ada dihati kita putus asa dari mohon ampun padaNYA dan kembali padaNYA, mahupun untuk tidak melakukan lagi... saat diri kita bergelar manusia, saat itulah kita tidak terlepas dari berbuata dosa, kiata bukan maksum(terperlihara dosa) seperti baginda rasulullah saw.. namun kita mampu menjadi orang yang diperlihara oleh ALLAH dari melakukan dosa, bila berbuat kesalah atau kesilapan, cepat2 sedar akan ia..itulah hati yang ALLAH jaga, yang diperliharanya kerana cinta...

        berada disini, mengajar diri ini serba serbi erti makna dunia ini, bukan tujuan membanggakan diri, tapi ingin berkongsi..bukankah nabi pesan samapikanlah daripadaku walaupun satu ayat... pesan yang tampak ringkas tapi penuh dengan segala makna untuk diri kita yang bergelar manusia.. tidak kira siapalah kita, orang biasa ke, alim ulama', ketua negara, maka bila perolehi satu yang bermanfaat maka sampaikan lah kepada yang lain, maka ALLAH akan kurniakan kepada mu ilmu yang baru..

         teringat pesanan guruku(sheikh rohimudin) ketika didalam kelas beliau, "kalau kamu mahu tahu dimana martabat/kedudukan kamu disisi ALLAH, maka lihatlah didalam dirimu sejauh mana kamu membesarkan(mengagungkan) ALLAH..saat mendengar sahaja kalimat tersebut, diri tertunduk malu...terasa bertapa hinanya diri kita ini manusia saat ketika kita meletakkan ALLAH dibelakang, walhal sepatutnya kita kena adakan ALLAH dalam setiap perbuatan kita lakukan, baru kita merasa takut untuk berbuat dosa..

         mungkin sekadar ini sahaja buat masa ini, teringin untuk berkongsi serba serbi pengalaman hidupku selama berada disini..bumi penuh barakah.. bumi impian para penuntut ilmu, maka telah ALLAH samapikan ku kesini.. insya-ALLAH akan cuba berkongsi serba serbi apa yang pernah dilalui disini.. betul kata orang2 tua atau guru2 kita dahulu, pengalaman tidak akan dapat dibeli melainkan kamu melaluinya sendiri, dan setiap orang berbeza pengalamannya...Allahurabbi... wallahualam...


moga2 ada manfaat untuk kali ini, 
biar kita dihina kerana perjuangkan agama,
jangan dihina kerana mencaci agama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan