Sabtu, 28 Mei 2011

Antara Dua Jalan..

Bismillahirrahmanirrahim …asslamualaikum,selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w beserta ahli keluarga baginda dan para sahabat…


Tuhan dulu pernah

Aku menagih simpati

Kepada manusia

Yang alpa jua buta


Lalu terheretlah

Aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah

Kini jadi kian parah


Semalam sudah sampai

Ke penghujungnya

Kisah seribu duka

Ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi

Ku ulangi kembali

Kerak dosa yang menghiris hati


Tuhan….

Dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmatMU melangit luas

Harga…

Selautan syukurku

Hanyalah setitis

NikmatMU dibumi


Tuhan …

Walau taubat seribu mungkin

Namun pengampunanMU

Tak pernah bertepi



Bila…

Selangkah ku rapat padaMU

Seribu langkah KAU rapat padaku



Bait lagu diatas yang dinyayikan oleh penasyid tanah air kita,saudara nazrey raihan,sangat cukup mengamit jiwa kita..kisah yang menceritakan munajat seorang hamba kepada ALLAH..mengimbau kesilapan kisah diri,cuba bertaut kembali kepada kasih ALLAH,kerana itulah hakikat kasih yang paling agung..lagu nie memang mengamit hati saya..jadikan lah kita nie sebagai orang yang sering merintih kepada ALLAH..kita tidak tahu adakah kita golongan yang ALLAH akan matikan dalam husnu khatimah(kematian yang baik) ataupun su’ul khatimah(kematian yang buruk)..nauzubillah..hakikat nafsu sering menginginkan keseronokan..kadang2 kita mengikutinya tanpa kita sedar kita melukakan hakikat fitrah yang sukakan kebaikan..jadikanlah iman tue sebagai pemandu arah..jangan dibiar di kemudi oleh nafsu..


perlu juga akal dan hati..kerana nie dua nikmat yang sangat berguna kepada manusia..tanpanya manusia itu sama sahaja seperti binatang…kenapa?hati tue tempat letaknya iman dan taqwa..akal itu tempatnya ilmu..jangan dibiar salah satu mengemudi sahaja,sebaliknya dua2 tersebut perlu di gabung bagi untuk sampai ke penghujung jalan yang baik,dan juga supaya tidak sesat bahkan karam ketika perjalanan..hati sering menginginkan kebaikan,ketahuilah itulah yang selayaknya patut kita beri kepada jiwa kita..bukanya nafsu yang akan membawa kemudaratan kepada kita,baik didunia ataupun di akhirat kelak..kita didatangkan dengan seorang nabi bahkan rasul,tauladan hasanah kita..junjungan besar nabi kita,nabi Muhammad s.a.w..membawa ajaran dari ALLAH taala..sebaik2 agama disisi ALLAH… iaitu islam..segala yang disusun cukup sempurna dari segala aspek,baik dari yang sekecil2 hatta sebesar2 perkara..maka ikutlah dua perkara tersebut,al-quran dan as sunnah..jadikan peta kepada pengemudi kita..agar perjalanan semakin lancar dan kita juga turut merasai nikmat perjalanan tersebut..


ALLAH jadikan kita di permulaan bersih seperti kain putih yang sangat bersih..janganlah kita melakar lakaran yang kelak akan menjadi contengan arang ke muka kita sendiri..dimulai dari yang bersih,maka kita kembali kepadaNYA mestilah dalam keaadaan bersih..ALLAH menyambut kita dengan keadaan gembira dan kasih..ketahuilah,rahmat ALLAH itu mengunung tinggi..jangan kita pernah sedikit pun putus asa padaNYA..biarlah hati kita nie menyelusuri jalan2 yang berliku dengan keadaan sentiasa bersedia…maka pilihlah jalan yang mana…


“maka DIA mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaanya.”

“sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu).”

“dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya.”

(Asy-Syams : 8, 9, 10 )


Wallahu alam…semoga dipermudahkan urusan kita disini dan disana..sekadar coretan hati,yang bermanfaat dijadikan teladan,yang mudarat dijadikan sempadan..segala2nya datang dari ALLAH,sebaliknya segala kesalah kelemahan atas kelemahan diri yang tidak sesempurna jiwa..

-Wallahu’alam-

Isnin, 23 Mei 2011

Berjagalah...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang beserta selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W….assalamualaikum wbt…

Baiklah…tinta kali nie berkisar tentang kehidupan kita,yang selalu kita lihat di sekeliling kita..kenapa er saya berkata sedemikian rupa?

Firman ALLAH Taala:

“Wahai orang-orang yang beriman,perliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dank eras,yang tidak durhaka kepada ALLAH terhadap apa yang DIA perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

(At-Tahrim : 6 )


Perasaan tak apa yang ALLAH beritahu kita?perlihara diri kita dan ahli keluarga kita dari api neraka?tertanya gak kan cam ne nak perlihara diri dan keluarga kita nie?guna apa er?maka ketahuilah jiwa,jalan bagi menghindari dari semua itu adalah TAQWA…ye taqwa..kenapa taqwa?kerana di situlah adanya iman,maka dengan imanlah kita mampu perlihara diri dan ahli keluarga kita,bahkan lebih daripada itu..tapi,seandainya kita memahami apa itu dia sebenar2 iman..baiklah,merujuk perkara taqwa tadi,apa itu taqwa?banyak perbahasan mengenai taqwa di sisi ulama’,jadi saya pilih lah kalam dari Syaidina Ali r.a..agar kita mudah nampak dan jelas apa yang ingin saya kongsikan dalam coretan kali nie…


“taqwa itu adalah,berasa takut dengan keagungan kebesaran ALLAH,beramal dengan apa yang diajarkan didalam al-quran,berasa cukup dengan apa yang ada dan sentiasa mengingati mati”

-Syaidina Ali r.a-


Sudah nampak kan? Jadi apa yang dimaksudkan dengan semua diatas?mari kita fahami..


1.berasa takut dengan keagungan ALLAH Taala

-maka hendaklah diri kita nie merasakan hanya kepada ALLAH sahaja lah yang paling layak untuk kita agungkan,bukannya harta,manusia ataupun sebaliknya..kepada ALLAH sahaja lah tempat bergantung segala harapan dan tempat kita bertawakal..kerana apabila dihati kita meletakkan hanya ALLAH sahaja,maka tidak akan ada keraguan yang akan mengoncangkan tembok iman kita..bila dibenteng dengan taqwa,maka susah was2 dan lintasan2 dari syaitan untuk menghasut kita,dan dengan mudah pula untuk kita menundukkan nafsu yang cuba menakluki diri kita..kerana hati itu adalah segala2 dan mencerminkan diri kita..sekiranya baik maka baik lah seluruh jasad,sekiranya buruk,maka buruk lah seluruh jasad..ia merupakan sebuah mafhum hadis dari Rasulullah s.a.w..maka perliharalah dirimu dengan iman dan taqwa..


2.beramal dengan apa yang diajarkan oleh al-quran

-bagi kita nie,perlulah mengamalkan apa yang da termaktub dalam al-quran,kerana ia kalamullah..sudah pasti benar dan tidak keraguan padanya..

“kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya.petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”

(Al-Baqarah : 2 )

Jangan setakat dibaca sahaja,sampi berkali2 khatam tapi langsung tidak memahami apa isi kandungan dalam al-quran..bila disuruh hormati ibubapa,maka hormatlah,jangan ambil riba’,rasuah,berzina,laksanakan hukuman berdasarkan syariah islam seperti hukum hudud,tutup aurat dan sebagainya..maka ikutlah ..bila cerita pasl aurat nie,sedih rasanya,kalu saya perasan ada je pelajar ynag sekolah agama,bila dulu sekolah,punyelah sopan je,tudung labuh,tutup sana sini,pakaian labuh..akhwat la(perempuan)..tapi bila masuk je university,puuuppp..tudung yang labuh kini jadi singkat,pakaian yang dulu sopan ikut islam kini ketat sana sini,boleh nampak bentuk badan..bagi yang okay,alahamdulillah..seolah ilmu yang salami ini belaja nie setakat dalam pagar sekolah je,diluar pagar semua hilang kemana..erhhmm…itulah realiti sekarang,tiada beza antara pelajar lepasan sekolah agama dan sekolah biasa...nauzubillah..minta2 semoga diberi taufiq dan hidayah sebelum ajal bertamu..


3. berasa cukup dengan apa yang ada

-janganlah kita bila da dapat nie,nak yang tue..dapat yang tue nak yang sana..tak perlulah tamak sangat dengan dunia nie..takde ada ape pun yang nak dikejar..kerana dunia hati tue mati..sedarlah jiwa..memadailah dengan nikmat yang ALLAH beri,ucapkanlah alhamdulillah tanda syukur kita padaNYA..bersederhana lah dalam kehidupan,jangan ingat semua yang kita dapat milik kita,tapi ada juga hak untuk fakir miskin dan yang tidak berkemampuan..jangan bila pandang orang lain lebih dari kita,kita nak seperti tue..jangan terlalu gopoh..didiklah jiwa kita senantiasa menerima apa yang ada dalam erti kata lain “redha”..bila memandang pada harta,maka pandanglah pada mereka yang kurang dari kita,supaya kita bersyukur,jika memandang pada amal ibadah,maka pandanglah pada mereka yang kuat beribadah dan melakukan perkara kebaikan lain supaya kita juga terikut dan teringin ingin menambahkan amal ibadah kita..


4.sentiasa mengingati mati

-dengan mengingati mati,maka hati tue cepat luntur kerana takut akan mati..orang yang takut akan mati,dia akan banyak lakukan kebaikan dari kemungkaran..jadi,beringatlah akan kematian yang kunjungannya tidak diketahui bila masanya..mafhum hadis Nabi Muhammad s.a.w :

“hati itu mudah berkarat,maka membaca al-quran dan mengingati mati penawar hati yang berkarat”


Jadikanlah mati itu lamunan dalam hidup kita,kerana agar jiwa kita tidak ditakluk dek nafsu yang sukakan keseronokan..

Wallahualam..

Rasanya setakat nie,hanya ini sahaja yang mampu dikongsikan,segala yang baik dan benar datang dari ALLAH,sebaliknya segala yang silap dan salah dating dari atas kelemahan diri nie yang lemah..ambilah yang baik,tingalkanlah yang memudaratkan..usai sudah coretan kali nie..moga dipermudahkan urusan dan umur untuk berkongsi…wallahualam..

Sabtu, 14 Mei 2011

Antara Senang & Susah Adalah....

Assalamualaikum dan salam seukhwah antara kita…

Kisah 1:

“banyaknya lah duit aku…mulia rupanya aku nie er?hidup aku senag,ALLAH bagi aku rezeki banyak..makan minum pun senag,rumah ada..aku tengok ada je yang tak senag macam aku..tue lah mereka,malas..tak rajin cam aku..aku selalu doa,aku selalu solat..agaknya aku nie dikabulkan doa sebab aku kuat soalt dan doa kot?yang mereka tue banyak dosa..mestilah ALLAH tak dengar doa mereka….senyum denagn penuh kepuasan..agaknya nie laabalasan bagi aku..ALLAH naikkan darjat aku dari yang lain..bagusnya laa kan..beruntung aku..rasanya pas nie takyah laa payah2 aku nak doa banyak2,ALLAH mesti bagi punya…confirm lah..hehehe”

Kisah 2:

“uisyh…ape nie..kenapa hidup aku cm nie?asyik susah je..makan pun kadang2 susah..kejap2 tak menentu,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..macam tak cukuo je..aku tiap2 hari solat,doa tak pernah lupa..kenapa aku tengok orang tue senang je hidupnya..makan boleh sedap2,tidur takyah pikir masalah..semua yangaku lihat cukup sempurna je bagi dia..ALLAH tk sayng aku lagi ke?kenapa tak di bagi aku kesenangan macam tue?aku pun nak hidup senang macam mereka…boleh la pergi mana2..kenapa nie?ALLAH tak dengar ke doa aku?erhmmmm”


Woopsss….wah,memandai je eh cakap cam tue?cepat2 je memasing buat andaian sendiri..orang kat atas nie hah…sabar lu,main cakap je..hakikatnya nie lah reality hidup manusia..sebelum mencoret lagi panjang meh lihat firman ALLAH TAALA:


“Maka adapun manusia apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakanya lalu memberikanya kesenangan, maka dia berkata “Tuhanku telah memuliakan ku”.

“Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Tuhanku telah menghinaku”


(Al Fajr : 15 & 16)

Hah…apa kaitannya?meh sini kita perhatikan betul2 firman ALLAH tersebut…apa yang di maksudkan ialah,apabila kita ditimpa kesenangan bukan bermakna ALLAH da muliakan kita daa..ataupun apabila kita ditimpa kesusahan bermakna ALLAH da hina kita atau tak sayang kita lagi daa..bukan macam tue..tapi hakikat sebenarnya ialah dua2 tersebut sebenarnya adalah ujian daripada ALLAH..aikk?senang pun di panggil ujian ke?isyhhh…mestilah,cuba ingat balek kisah ‘qarun’..bila ALLAH bagi dia nikmat banyak,harta melimpah ruah..apa yang jadi pada dia?dia mula sombong dan lupa daratan..hatta sanggup tidak mengeluarkan zakat ataupun menginfakkan hartanya..serta mula berpaling dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s..dasyat kan ujian kesenangan nie?ia dipanggil “nikmat tadarruj”(nikmat yang ALLAH bagi manusia semakin jauh dari ALLAH)..bahaya2…jadi jangan ingat bila kita senang bermakna kita senang sebetul2nya..tapi awas ya!! Ingatlah kembali pada ALLAH ,maka mohonlah perlindungan..takot2 bila ALLAH bagi kita senang kita nanti makin lupa dengan ALLAH…Nauzubillah min zalik…dan juga banyakkanlah beribadah kepadNYA seperti selalu bahkan tambahkan lagi ibadah kita tanda kesyukuran kita pada ALLAH….

Ujian kesusahan yang ALLAH bagi pula bukan bermakna ALLAH lupa kita,atau ALLAH tak sayang kita..tapi sebenarnya itu juga adalah salah 1 dari ujian ALLAH…nak tak nk kita kena pasrah dan redha..inagat tak rukun iman yang ke 6? Beriman pada qada’ dan qadar..bermakna bukan sengaja dari kesenangan,bahkan kesusahan yang ALLAH bagi..bukan sengaja di bagi kesusahan pada kita,tapi ada hikmahnya…maka dekatkanlah diri kita kepada ALLAH..ALLAH semakin suka bila kita merintih kepadanya…bukan tak dikabulkan,sebaliknya ALLAH Maha Mengetahui dan merancang yang lebih baik untuk kita…maka ketahuilah sebaik-baik peracangan adalah perancangan yang datang daripada ALLAH..

“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya…..”

(Al Baqarah : 286)

Jadi???usahlah kuatir kerana semua tue da diaturkan ALLAH…kita sebagai hamba hanya menerima,tapi….setelah berusaha bukan tanpa usaha je er?yang tue tak leh laa tawakal tanpa usaha..tak jadi gak…(=^_^=)

Jadi kisah yang diatas sekali tue jangan sesekali kita wat macam tue er?huhuhu..

Semua yang baik itu datang dari ALLAH,segala ilmu yang diatas seandainya member manfaat ketahuilah ia dating dari ALLAH,namun disandarkan dan di ilhamkan kepada saya..tanpa iziNYA tak mampu saya nak coretkan disini…yang baik sama2 kita ambik iktibar,yang salah dan silap atas kelemahan saya sendiri dan sama2 kita jadikan sempadan…wallahu’alam…


seperti biasa...hehehe..

"orang yang bijakmeletakkan akal dihadapan lidah dibelakang,sebaliknya orang yang bodoh meletakkan lidah dihadapan dan akalnya dibelakang"

-imam Syafie-