Isnin, 23 Mei 2011

Berjagalah...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang beserta selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W….assalamualaikum wbt…

Baiklah…tinta kali nie berkisar tentang kehidupan kita,yang selalu kita lihat di sekeliling kita..kenapa er saya berkata sedemikian rupa?

Firman ALLAH Taala:

“Wahai orang-orang yang beriman,perliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dank eras,yang tidak durhaka kepada ALLAH terhadap apa yang DIA perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

(At-Tahrim : 6 )


Perasaan tak apa yang ALLAH beritahu kita?perlihara diri kita dan ahli keluarga kita dari api neraka?tertanya gak kan cam ne nak perlihara diri dan keluarga kita nie?guna apa er?maka ketahuilah jiwa,jalan bagi menghindari dari semua itu adalah TAQWA…ye taqwa..kenapa taqwa?kerana di situlah adanya iman,maka dengan imanlah kita mampu perlihara diri dan ahli keluarga kita,bahkan lebih daripada itu..tapi,seandainya kita memahami apa itu dia sebenar2 iman..baiklah,merujuk perkara taqwa tadi,apa itu taqwa?banyak perbahasan mengenai taqwa di sisi ulama’,jadi saya pilih lah kalam dari Syaidina Ali r.a..agar kita mudah nampak dan jelas apa yang ingin saya kongsikan dalam coretan kali nie…


“taqwa itu adalah,berasa takut dengan keagungan kebesaran ALLAH,beramal dengan apa yang diajarkan didalam al-quran,berasa cukup dengan apa yang ada dan sentiasa mengingati mati”

-Syaidina Ali r.a-


Sudah nampak kan? Jadi apa yang dimaksudkan dengan semua diatas?mari kita fahami..


1.berasa takut dengan keagungan ALLAH Taala

-maka hendaklah diri kita nie merasakan hanya kepada ALLAH sahaja lah yang paling layak untuk kita agungkan,bukannya harta,manusia ataupun sebaliknya..kepada ALLAH sahaja lah tempat bergantung segala harapan dan tempat kita bertawakal..kerana apabila dihati kita meletakkan hanya ALLAH sahaja,maka tidak akan ada keraguan yang akan mengoncangkan tembok iman kita..bila dibenteng dengan taqwa,maka susah was2 dan lintasan2 dari syaitan untuk menghasut kita,dan dengan mudah pula untuk kita menundukkan nafsu yang cuba menakluki diri kita..kerana hati itu adalah segala2 dan mencerminkan diri kita..sekiranya baik maka baik lah seluruh jasad,sekiranya buruk,maka buruk lah seluruh jasad..ia merupakan sebuah mafhum hadis dari Rasulullah s.a.w..maka perliharalah dirimu dengan iman dan taqwa..


2.beramal dengan apa yang diajarkan oleh al-quran

-bagi kita nie,perlulah mengamalkan apa yang da termaktub dalam al-quran,kerana ia kalamullah..sudah pasti benar dan tidak keraguan padanya..

“kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya.petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”

(Al-Baqarah : 2 )

Jangan setakat dibaca sahaja,sampi berkali2 khatam tapi langsung tidak memahami apa isi kandungan dalam al-quran..bila disuruh hormati ibubapa,maka hormatlah,jangan ambil riba’,rasuah,berzina,laksanakan hukuman berdasarkan syariah islam seperti hukum hudud,tutup aurat dan sebagainya..maka ikutlah ..bila cerita pasl aurat nie,sedih rasanya,kalu saya perasan ada je pelajar ynag sekolah agama,bila dulu sekolah,punyelah sopan je,tudung labuh,tutup sana sini,pakaian labuh..akhwat la(perempuan)..tapi bila masuk je university,puuuppp..tudung yang labuh kini jadi singkat,pakaian yang dulu sopan ikut islam kini ketat sana sini,boleh nampak bentuk badan..bagi yang okay,alahamdulillah..seolah ilmu yang salami ini belaja nie setakat dalam pagar sekolah je,diluar pagar semua hilang kemana..erhhmm…itulah realiti sekarang,tiada beza antara pelajar lepasan sekolah agama dan sekolah biasa...nauzubillah..minta2 semoga diberi taufiq dan hidayah sebelum ajal bertamu..


3. berasa cukup dengan apa yang ada

-janganlah kita bila da dapat nie,nak yang tue..dapat yang tue nak yang sana..tak perlulah tamak sangat dengan dunia nie..takde ada ape pun yang nak dikejar..kerana dunia hati tue mati..sedarlah jiwa..memadailah dengan nikmat yang ALLAH beri,ucapkanlah alhamdulillah tanda syukur kita padaNYA..bersederhana lah dalam kehidupan,jangan ingat semua yang kita dapat milik kita,tapi ada juga hak untuk fakir miskin dan yang tidak berkemampuan..jangan bila pandang orang lain lebih dari kita,kita nak seperti tue..jangan terlalu gopoh..didiklah jiwa kita senantiasa menerima apa yang ada dalam erti kata lain “redha”..bila memandang pada harta,maka pandanglah pada mereka yang kurang dari kita,supaya kita bersyukur,jika memandang pada amal ibadah,maka pandanglah pada mereka yang kuat beribadah dan melakukan perkara kebaikan lain supaya kita juga terikut dan teringin ingin menambahkan amal ibadah kita..


4.sentiasa mengingati mati

-dengan mengingati mati,maka hati tue cepat luntur kerana takut akan mati..orang yang takut akan mati,dia akan banyak lakukan kebaikan dari kemungkaran..jadi,beringatlah akan kematian yang kunjungannya tidak diketahui bila masanya..mafhum hadis Nabi Muhammad s.a.w :

“hati itu mudah berkarat,maka membaca al-quran dan mengingati mati penawar hati yang berkarat”


Jadikanlah mati itu lamunan dalam hidup kita,kerana agar jiwa kita tidak ditakluk dek nafsu yang sukakan keseronokan..

Wallahualam..

Rasanya setakat nie,hanya ini sahaja yang mampu dikongsikan,segala yang baik dan benar datang dari ALLAH,sebaliknya segala yang silap dan salah dating dari atas kelemahan diri nie yang lemah..ambilah yang baik,tingalkanlah yang memudaratkan..usai sudah coretan kali nie..moga dipermudahkan urusan dan umur untuk berkongsi…wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan