Khamis, 31 Mei 2012

I Love You So

Berikan dirimu kepada ALLAH, nescaya engkau dapati ketenangan dalam jiwamu.. jangan kusut masai, fening2, dan keberangkalian yang lain..meh layan lagu nie.. maher zain : i love you so... sebelum tue sila lah pausekan lagu kat atas blog nie eh...(^^,)






Khamis, 10 Mei 2012

Nilai Seorang Wanita Untuk KU

Apa nilai wanita bagiku?
air matanya mampu meruntun hatiku,
suaranya bisa melemaskan aku,
pujuk belainya mampu menenangkan ku,
hangatnya mampu membuatkan ku lena tidur,
bingkisan ceritanya membuat aku terbuai akan mimpi,
pandangannya sahaja cukup buat aku menjadi sayu,
kelembutanya bisa menggamit isi dunia.

dia menyembunyikan pelbagai cerita,
demi menjaga hati2 dari derita,
dia senyum tanda suka penuh ceria,
tapi hati menyimpan seribu luka,
dia bisa membisikkan kata hikmah lembut ketelinga,
saat pelbagai ujian dia menerima,
tidak mudah aku untuk memahaminya,
kerana dia tidak mahu orang susah disisinya.

apa aku balas padanya?
tidak mampu aku untuk melebihinya,
tidak ada insan sebaik dirinya,
dia wanita dia juga penjaga,
hanya lamunannya sudah cukup buatku tertanya,
apa derita apa juga ceritanya,
kemana dia saat orang tidur lena,
kemana dia saat orang kenyang bangga,
kemana dia saat senyum aku tersimpul membuai ceria.

itu dia wanita dihatiku,
jauh sekali jarakku dengan dirinya,
sukar aku untuk terjemahkanya,
yang aku mampu hanya berkongsi cerita,
ingin kubanggakan insan sepertinya,
bisa merubah penjuru dunia,
yang kecil membesar penuh tenaga,
yang sedih mekar penuh ceria,
kini seluruh dunia mengenalinya,
dia tersenyum sambil meniti usia.

wanita yang dimaksudkan untuk kisah kali ini adalah ibuku....
ramai orang kini letak mereka dirumah orang tua,
ada pula hanya ziarah sekali sekala,
mereka tidak minta sedikit pun harta,
hanya dipinta sentiasa dijaga,
masakan dulu usia kecil kita dia penuhkan,
kini usia akhirnya kita pula baktikan,
ini luahan rasa hati anak....


teman2, doakan aku agar mampu berbakti kepada insan bergelar ibu hingga akhir hayat...
ini cerita aku, untuk ibu yang selalu menungguku, hanya doa mampu kukirim...saat ketika air mata jatuh berguguran, memohon agar mereka bergelar ibu dijaga penuh rapi, ditatang penuh kasih sayang, tanpa perlu harap balasan, kerana mereka itu IBU.....

semua maklum hari ibu itu haram disambut bagi orang islam...buat apa kita nak tiru macam orang bukan islam, setiap hari yang ada bagi umat islam adalah hari ibu, selagi bumi berputar, selagi nyawa dikandung badan...selagi itulah hari ibu masih ada bagi kita, jangan pernah mengkhususkan sesekali hari ibu, mahupun bapa...ingat kita orang islam, kita ada cara yang diajar dalam islam, kita ikut, kita patuh insya-ALLAH selamat dunia akhirat...wallahualam..



Selasa, 8 Mei 2012

Merendah Diri

Bismillahirrahmanirrahim...selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW, dan keatas ahli keluarga baginda dan para sahabat...tempatkanlah kami dikalangan hamba2 MU yang soleh dan solehah..amin ya rabb...


Sebelum kita masuk kedalam tajuk kita, ingin saya definasikan makna tawaduk itu secara ringkas dan mudah difahami..tawaduk adalh satu sifat merendah diri, menundukkan diri dan lain2...ia juga adalah lawan kepada sifat takkabbur, bongkak, riya' sombong...jadi kali ini ingin saya kongsikan cara2 untuk merendahkan diri yang diajar oleh ulama tasawuf..


1.Bila kamu memandang orang yag lebih tua darimu, maka katakanlah pada dirimu bahawa dia sudah hidup lagi lama dari aku, dan sudah pasti amal ibadahnya lagi banyak dariku


antar sifat yang diterapkan disitu adalah husnu zon..kita manusia bila memandang pada orang, mula cepat berprasangka, memang kita tak dapat lari daripada itu, tapi kita ada usaha untuk mengubatinya..kita bila belajar ilmu sedikit, lebih2 lagi ilmu agama, dah rasa diri ini perfect betul dari orang lain..seolah dia sahaja yang mengetahui, tapi awas, ilmu itu datang dari ALLAH..jangan sesekali kita berlagak..jangan hanya seseorang yang kita pandai tua dari kita, kadang2 tidak nampak dimasjid bersama kita, kadang2 tak nampak berjemaah dengan kita jangan disangka dia tidak pernah..siapa tahu, dia orang yang alim, berjemaah ditempat lain..dan boleh jadi dia seorang wali ALLAH..awas akan kata2 kita dan firasat kita..


2.Bila kamu memandang orang dibawah usiamu/budak2. katakanlah pada dirimu bahawa dia hidup tidak lama seperti aku, maka sudah tentu dosa2nya kurang daripada aku


ingin saya kongsikan sebuah kisah, seorang budak melihat api dihadapnya, maka lalu ia menangis, ketika itu adanya khalifah harun ar-rasyid, maka ditanyakan kepada budak itu, kenapa engkau menangis? maka jawab budak tersebut, aku menangis bila melihat api aku teringat akan neraka..lalu dijawab khalifah, usahlah menangis, engkau budak dan tidak akan masuk dalam neraka..jawab budak itu lagi, aku lihat sebelum api itu membesar, ia dibakar oleh ranting2 kecil kemudia baru yang besar..aku risau aku akan dibakar dahulu seperti itu..mendenagar jawapan si budak tersebut, maka menagislahlah akan sang khalifah. ALLAH ALLAH...
lihat, seorang budak yang belum ada ada tangungan dosa keatasnya, tetapi sangat takut kepada api neraka hanya bila melihat akn api dunia sahaja...kita bagimana pula???


3.Bila kamu melihat orang yang banyak melakukan banyak kejahatan, katakanlah pada dirimu bahawa satu hari bila dia bertaubat dia lebih mulia darimu


Yang ini memang banyak berlaku dalam diri kita, pantang nampak orang yang banyak buat dosa atau maksiat, maka serta merta kita akan pandang hina pada dia..itu sebenarnya adalah tipu daya syaitan padamu..syaitan dan nafsumu sengaja begitu agar kamu berasa riya', sombong dengan mengatakan bahawa kamu lebih baik darinya. dan kamu lagi banyak pahala darinya..ingatkah kita kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang tapi masuk syurga kerana niat dia ingin berubah, kisah si wanita yang menjadi pelacur, memberi minuman kepada anjing dahag masuk syurga dan banyak lagi pelbagai kisah2 seperti itu..hati2 dengan diri kita yang cepat mengandaikan seseorang..kita bukan Tuhan hendak tentukan syurga neraka seseorang..


4.Bila kamu memandang orang kafir, maka katakanlah pada dirimu/mendoakan hidayah  kan dia suatu hari nanti


Ini supaya kita ingat akan diri kita bahawa mati ALLAH sahaja yang sama ada baik atau tidak, sama ada dalam imn atau tidak..nauzubillah..minta2 kita dijauhkan..teringat satu cerita atau novel atau cerpen tidak pasti saya..seorang laki dan perempuan yang bercinta tetapi berlainan agama..si lelaki kristian, si wanita muslim..lau ketika diakhirnya masing2 sakit dan tidak dapat berkhwin kerana berlainan agama, lalu sebelum mati si wanita itu menukar ke agama krisytian kerana bila mati nanti dia takkan dapat jumpe kekasihnya yang bukan islam..maka mati wanita itu dalam kufur..si lelaki dapat tahu berita kekasihnya mati, merasa sedih dan semakin sakit, sebelum mati lelaki itu berpikir, kalu dia mati dalam agamanya ssudah tentu di tak dapat bertemu dengan wanita itu tadi kerana wanita itu islam pasti kesyurga, namun dia tdak tahu bahwa wanita itu menukar agamanya seblum mati..lalu silelaki menukara agama islam, dan mengucap syahadah..maka mati keadaan muslim..nauzubillah kita dari perkara2 begini..tapi ini realiti, lihat sekarng, ramai orang murtad..tak larat nak bendung lagi...wallahualam..


semoga bermanfaat untuk saya dan yang membaca...yang baik itu datang dari ALLAH SWT..silap salah ats kelemahan diri sendiri...

Jumaat, 4 Mei 2012

Jaga Tepi Kain Orang Jangan Sampai Kain Orang Terselak kain Kita Terkoyak

Assalamualaikum, selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita, nabi muhammad saw. ahli keluarga baginda, dan para2 sahabat khususnya..

kali ini penulis ingin berkongsi serba sedikit tentang tajuk diatas.. Terlintas hendak menulis berkenaan dengan tajuk diatas kerana terpana dengan satu status seseorang di facebook, yang mengatakan lebih kurang macam ini lah ayatnya "tak pyah lah nak bajet alim, nasihat2 orang, tegur2 orang, engkau2 aku2".. lepas itu disambung pula dengan komen rakanany2 yang menyokong apa yang dia cakap, bahkan ada yang membalas dengan berkata "prinsip aku, aku wat hal sendiri, salah ke btol ke korang tk pyh laa nk tegur", lebih kurang bunyinya..
mengucap panjang diri ini, tidak sangka tergamak berkata sedemikian rupa, bukan hendak menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa, tapi, fikirlah dahulu sebelum bercakap.. percakapan kita melambangkan diri kita..perkara ini sudah lama terjadi, dan sudah banyak juga kelihatan.. kata imam syafie r.a

"orang yang bijak bila bercakap akan meletakkan otak/akalnya dihadapan dan lidah dibelakang, sebaliknya orang yang bodoh akan meletakkan lidahnya dihapan dan otak/akalnya dibelakang ketika bercakap" 

baiklah, sebagai permulaan, tidak salah sebenarnya untuk kita tegur menegur, nasihat menasihati antara satu sama lain..bukankah itu yang dianjurkan oleh islam..dalam mafhum hadis baginda rasulullah saw ada bersabda

"barang siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka ubahlah denagan lidah, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman"  

islam menganjurkan umatnya untuk menegur antara satu sama lain, bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan, sebaliknya sebagai pembaikkan untuk diri.. kita manusia terkenal dengan kesalahan dan kekurangan, bahkan lupa juga, maka itu sudah jadi tugas sesama kita untuk menegur mana yang salah..bukan bermakna yang menegur itu bajet alim ataupun tidak, tetapi hakikatnya ia adalah sebagai tanggungjawab bagi orang yang beriman.. bukan sekadar pada lafaz mengatakan aku beriman, tetapi dizahirkan juga dengan perbuatan.. itu ciri2 orang beriman.. 

ada juga yang berkata, hal kau hal kau, hal aku hal aku, kubur lain2..kalu macam itu, silakan lah bila mati kelak, pi mandi sendiri, kafan sendiri, solat sendiri, gali kubur sendiri, lepas itu tang hendak masuk kubur itu, pi guling2 sendiri sampai tempat kubur, waktu nk kambus itu, doa lah bebanyak agar waktu mati itu, tanah itu sendiri bergerak yang kambuskan..hah, senangkan kerja, sendiri2, mati pun sendiri2 laa...ALLAH ALLAH...

dalam mafhum hadis baginda rasulullah saw yang lain ada bersabda :

"tidak beriman seseorang mukmin selagi mana dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"

tanda dia cinta saudaranya, dia akan tegur bila mna saudaranya buta silap, dia akan bantu bila mana saudaranya dalam kesusahan, sepertimana dia mahu dirinya terbaik, seperti itulah juga dia mahukan saudranya sedemikian rupa..

juga peringatan  seperti tajuk saya diatas "jaga tepi kain orang jangan sampai kain orang terselak kain sendiri terkoyak".. tidak salah ambil tahu hal2 saudranya, tapi jangan sampai membongkar keaibanya, dan perkara 2 yang menjatuhkan maruahnya, kerana ia haram disisi islam.. apa yang cuba saya maksudkan dengan tajuk diatas adalah, ambil tahu hal jiran, jangan sampai kita membongkar keaibanya, dan dalam masa sma jaga diri kita dan keluarga kita, takut2 kita menasihati orang tetapi diri kita tidak terjaga..

jadi, apa yang perlu bagi kita ini sebagai seorang orang islam, hendakalah keatas kita memelihara dan mengikuti segala yang diperintahkan oleh ALLAH dan yang diajarkan oleh nabi muhammad saw, kemudian mentarbiyah diri kita agar menjadi seorang mukmin yang berakhlak mulia, bimbimg keluarga kita, tidak kira lah anak2 kita, isteri kita, ibu bapa adik beradik dan lain2 lagi...tarbiyah keluarga kita mengikut acuan islam..kemudian dalam masa yang sama, kita tegur2 jiran2 atau sanak saudara kita mana yang salah, bantu mana yang perlu..indah bukan ajaran islam itu, andailah kita semua mengamalkan apa yang diajar oleh baginda rasulullah saw, insya-ALLAH, saya yakin kita mampu hidup dengan harmono, tanpa perpecahan..baik dari pelbagai agama dan berbilang kaum...wallahualam...


mudah2han, apa yang disamapikan kali ini, saya dapat ambil iktibarnya, saya bukanlah orang hebat yang sentiasa betul, tetapi sya menginginkan menjadi orang yang hebat dan baik, bahkan mukmin yang cemerlang..siapa tidak mahu, semua orang pasti mahu.. mana yang baik datang dari ALLAH, mana yang salah dan kurang atas kelemahan diri yang serba kurang ini.... moga2 kita mendapat kebaikan daripada ALLAH...amin.. 

Al fatihah keatas arwah bob kuman, semoga pemergiannya menjadi iktibar agar kita dekat pada ALLAH, dan moga2 beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...al fatihah....