Jumaat, 3 Jun 2011

Apa Khabar Cinta

Bismillahhirrahmanirrahim..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita,nabi Muhammad s.a.w,serta keatas ahli keluarga baginda dan juga para sahabat r.a….


Sering kali tertanya pada diri,ingin sekali berdialong atau bermonolog bersama ‘cinta’..

Wahai cinta,
Macam mana keadaanmu sekarang ini?adakah kau terang ataupun sudah malap?ingin sekali aku menduga perkhabaranmu,tapi rasanya baik ditanyakan kepadamu untuk mendapat jawapan yang pasti…wahai cinta,siapakah cintamu sekarang nie?ingin sekali aku mengenalinya..adakah sesempurna seperti yang aku inginkan..andainya kau salah datangkan cinta kau,aku ingin kau tahu,janganlah kau cuba berikan kepada mereka yang kau belum pasti sempurnanya..kerana yang ak ketahui,hanya ALLAH sahaja yang paling sempurna,jadi jangan kau salah berikan,aku kuatir kelak jiwa aku binasa dek kerana kau cinta..kerana DIA lah kasihku yang paling agung,melebihi segala2nya,bahkan sanggup ku gadaikan nyawa demi mengejarnya..


Wahai cinta,
Aku ingin menayakan kepadamu siapakah cinta kau selepas yang diatas?adakah dia insan kamil?sempurnakah akhlaknya?aku ingin kau tahu,jangan yang ke2 kau serahkan kepada sembarangan..aku kuatir kau silap langkah menyerahkan kepada yang sepatutnya kau jauhkan..aku ingin kau ingat,berikanlah kepada junjungan besar nabiku,nabi Muhammad s.a.w..kerana baginda adalah sesempurna manusia..yang maksum,diampunkan dosanya yang awal dan yang akan datang..baginda jugalah yang sempurna akhlaknya dikalangan manusia..dan menjadi qudwah terbaik untukku bahkan kita semua makhluk..aku kuatir jika kau salah berikan,akhirat kelak aku tidak diakui umatnya bahkan pula bagaimana aku ingin sekali mendapat syafaatnya?


Wahai cinta,
Selepas tue pada siapa pula kau berikan cinta?aku mahu kau dahulukan kedua ibu bapaku dan keluargaku dahulu berbanding yang lain,kerana merekalah yang menjagaku sejak mataku terbuka untuk melihat dunia..mereka tumpahkan kasih mereka lebih berbanding manusia yang lain..tak sanggup aku khianati kasih yang diberikan selama ini..ketahuilah cinta,jangan sesekali kau cuba untuk melangkaui orang lain selain mereka..ku kuatir aku tidak akan mencium bau syurga kelak..ku kuatir juga kehidupan ku disini.bagaimana pula ketika aku di kubur kelak?dan bagaimana pula ketika dibangkitkan kelak..


Wahai cinta,
Selepas mereka,dimana kau letakkan cinta kau?selepas mereka aku harap kau berikan kepada sahabat2 ku dan juga saudara2 ku yang islam..tapi hendaklah kau berikan cinta sahabat tue kepada sahabat2 yang mampu membimbing ku kejalan yang betul..atau tidak mahu kau salah berikan kerana,aku kuatir aku berjalan ke jalan yang pasti gelap hidupku jika bersamanya..jadi berhati2 lah cinta agar pilihan yang kau pilih tue benar dan tidak salah..kerana sahabat seseorang tue mencerminkan diri empunya sahabat tersebut…juga kepada saudara2ku di seluruh dunia nie..kerana teringat aku akan pesan nabi Muhammad s.a.w :

“tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia mencintai saudarnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”


Wahai cinta,
Cinta selepas ini jika kau ingin berikan kepada seseorang kau yang kasihkan..berikanlah kerana ALLAH..jangan kau berikan kerna paras rupanya ataupun hartanya ataupun yang lain..dahulukan lah agamanya kerana itulah pesanan rasulullah kepada kita..jangan kau mengikuti nafsu kerana ia adalah bisikan2 manis dari syaitan yang dilaknat..memang ini yang dinantikan bagi seorang hamba seperti kita,memiliki seorang wanita,yang menjadi tulang rusuk kita..tapi beringat lah juga,ada batasnya,ada caranya dan ada juga waktunya..jangan dek kerana hanya nikmat sementara,aku kau gadaikan wahai cinta..memang kita ini mencarinya,tapi biarlah kita mencarinya dalam keadaan seperti bunga ros yang berduri..kita inginkan ia seperti itu,sukar didekati kerana agama menjadi pedinding diri..bukankah itu lagi indah berbanding kau sudah berikan terlaluawal,dan dia menyambutnya terlalu awal..dimanakah nikmat ketika itu??

*ucapan tahniah ku hulurkan kepada sahbatku,saudar Muhammad fadzil bin fuad,kerana akn bertunang pada 4 jun nie..macam2 kau tempuh akhirnya kau sampi juga ke destinasi kau..semoga selamat diijabkabulkan pada tarikhnya dan semoga kau perlihara cinta kau selagi mana itu belum menjadi ikatan suci yang sah…


Segala yang baik semuanya datang dari ALLAH,dan segala kelemahan dan kesalahan hadir dari hamba yang tidak sesempurna iman dan jiwa nie..denganNYA sahaja aku mampu menuturkan kalamku..tanpaNYA aku lemah dan tidak berdaya..

-wallahualam-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan