Jumaat, 22 April 2011

SIAPA KITA????

Assalamualaikum……lama benor rasenye blog nie terbiar tnpa tintipan….maka sdh msanye lah untk mengisi kembali kekosongan dalam blog nie…

Post kali nie sebagai muhasabah diri dan bg pembaca sekiranye ada yg membaca lah…kalau tiada pun tdk mngapa…..


“AKU tidak mennciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepada KU”
(Az-zariyat : 56)


Bila membaca ayat y ALLAH telah rakamkan kepada kita diatas untuk kita ambil iktibar,bukan sahaja ayat di atas tersebut bahkan al quran itu sendiri yang ALLAH turunkan kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W….untuk disampaikan kepada umatnya agar mereka mengambil iktibar bagi setiap pengaran yang ALLAH nukilkankepada hambaNYA…maka jelaslah ayat diatas tentang hadaf kita yang sebenar apabila mula sahaja diciptakan sehingga tiba masa dikembalikan semula kepada ALLAH….apa dia?ayat diatas telah menerangkan kepada kita…iatu beribadah kepada ALLAH….beribadah yang sebagaimana itu??


Teringat saya pada syarahan seorang ulama’ yang cukup masyhur bagi kita…iatu imam Nawawi….apa kalamnye?beliau berkata amalan yang dilakukan oleh manusia itu ada 3 macam:


1)amalan yang dilakukan kerana takut kepada ALLAH,takut kepada azab kubur..
Maksudnya: contoh seseorang yang melakukan amalan kerana dia tahu bila dia tidak melakukan amalan tersebut maka apabila dia mati,di kubur kelak dia akan diseksa oleh oleh dua malaikat yang bilamna sahaja disebut namanya..bergetar lah hati dan jiwa mereka kecuali mereka yang dipilih oleh ALLAH...iatu mungkar dan nakir…maka berkata imam Nawawi bahawa amalan ini diterima oleh ALLAH…tapi belum cukup sempurna..


2)amalan yang ‘para saudagar’
Maksudnya: amalan yang dilakukan oleh seseorang semata2 mengharap balasan daripada ALLAH…maka apabila dia telah mendapat apa yag diinginya..dia akan terus tinggalkan amalan tersebut…maka Imam Nawawi berkata amalan itu ditolak oleh ALLAH…


3)amalan yang dilakukan semata2 hanya mengharap redha daripada ALLAH
Maksudnya: amalan yang dilakukan oleh seseorang semata hanya kerana ALLAH ,tidak mengharap apa2 melainkan hatinya diserahkan hanya pada ALLAH semata2…beliau berkata amalan ini mencapai darjat yang tertinggi daripada yang lain…inilah amalan para nabi dan rasul dan mereka yang dipilih oleh ALLAH…


Maka sahabat2….renungkanlah dimana tahap amalan kita..takut2 kita tergolong dengan golongan yang ke 2…nauzubillah…wallahu’alam…kadang kita sibuk melihat kekayaan ornag lain,seolah2 apa yang ALLAH berikan kepada kita tidak cukup…sedarlah kita setiap aoa yang diberikan oleh ALLAH itu ada yang tersiratnya…baik kaya mahupun sederhana ataupun miskin…ALLAH itu Al A'LIM…DIA maha mengetahui sesuatu,mana yang terbaik bagi hambaNYA…tidak takutkah kita seandainya jika diberikan nikmat lebih,kita akan jauh daripada ALLAH?nauzubillah…maka ringankanlah lidah kita untuk menyebut kalimah tahmid memujiNYA,tanda syukur kita padaNYA…ALHAMDULILLAH…..


Rasanya cukuplah sekadar ini untuk yang kali I ni…diri ini tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan yang lain…sekadar mencoret berkongsi cerita….mafhum hadis
rasulullah SAW:

“SAMPAIKANLAH KEPADAKU WALAUPUN SATU AYAT”

Hadis tersebut member saya kekuatan untuk berkongsi dengan ilmu yang tidaklah semana…jadi mungkian apa yang saya kongsi sedikit sebanyak mertarbiah hati saya dan juga menjadi renungan kepada pembaca….maka ketahuilah kita apa sebenarnya hadaf tujuan kita diatas muka bumi ALLAH nie…tidak lain tidak bukan beribadah kepadanya…banyak lagi sebanrnya kalu nak dibuka…namun saya mampu hanya sedikit sahaja…bahkan tinta nie juga datangnya daripada ALLAH…dengan izinNYA…barulah saya mampu mencoret serba sedikit disini….wallahu’alam…yang baik datangnya daripada ALLAH,yang salah dan silap datangnya dari kelemahan,kecuaian dan kedaiffan saya sendiri….

Ingin berkongsi kalam mutiara hikmah sebelum jari berhenti menari daripada papan kekunci ni… daripada Syaidina Ali r.a:

“BERBUATLAH KAMU KEBAIKAN SEHINGGA KAMU PENAT UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN”
p/s:renung2kanlah..(@_@)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan